WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2025

2 INFO SEMASA

Wadah

SEPTEMBER 2025

DARI MUKA 1

Sambutan tersebut turut mencatat sejarah apabila buat julung kali maskot rasmi ANGKASA, ‘BeeRo’, diperkenalkan. ‘BeeRo’ dipilih sebagai penghargaan kepada Biro Potongan Gaji ANGKASA yang diwujudkan sejak 1977 dan kekal sebagai perkhidmatan utama ANGKASA sehingga sekarang. Pemilihan lebah sebagai maskot melambangkan semangat 'Bekerja bersama-sama demi manfaat bersama' selain mencerminkan nilai kolaborasi dan kesepakatan pasukan. Selain membawa bendera ANGKASA dan Coop, kontinjen segak berbaju batik rasmi ANGKASA berwarna biru turut mengibarkan bendera Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) bersempena pengisytiharan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) yang mengiktiraf peranan koperasi dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Pengiktirafan PBB itu menjadikan 2025 diisytiharkan sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa kali kedua selepas kali pertama pada 2012. ANGKASA merupakan antara sembilan badan berkanun dan agensi kerajaan yang menyertai perbarisan bawah kluster Kesejahteraan Sosial dan Rakyat. Kluster tersebut adalah sebahagian daripada kontinjen Ekonomi dan Swasta yang melibatkan 41 syarikat dengan penyertaan seramai 2,397 peserta. Turut berbaris dalam kluster sama adalah Pelaburan Nasional Berhad (PNB), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Tabung Haji dan Khazanah Nasional Berhad. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut hadir bagi memberi semangat kepada kontinjen tersebut. Beliau berkata bahawa penyertaan itu bukan sahaja membawa nama ANGKASA, malah juga lebih 7 juta anggota

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Turut hadir ialah Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (empat dari kanan) bersama isteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail (kanan sekali). (Kredit foto: Facebook Fahmi Fadzil).

koperasi di seluruh negara yang sentiasa mendokong pembangunan sosial dan ekonomi negara. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan komitmen dan persembahan yang ditunjukkan oleh kontinjen ANGKASA. Penyertaan kontinjen itu melambangkan kekuatan gerakan koperasi dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara di samping menzahirkan peranan koperasi sebagai rakan strategik kerajaan dalam

memperkasakan komuniti serta mendukung agenda Malaysia MADANI. Seiring pengisytiharan IYC2025, penyertaan tersebut turut menjadi simbol kesatuan dan komitmen koperasi terhadap pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat. Sambutan Hari Kebangsaan 2025 diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Hadir sama ialah Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri serta barisan Jemaah Menteri. Bertemakan 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni', sambutan tersebut secara keseluruhannya menyaksikan sebanyak 81 kontinjen melibatkan 14,062 peserta mengambil bahagian yang turut menampilkan 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset darat dan udara serta 116 ekor haiwan dalam perkhidmatan awam.

Kontinjen ANGKASA dan maskot rasmi ANGKASA, ‘BeeRo’, yang membuat penampilan sulungnya dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bergambar kenangan.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease