Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

‘PILOT PROJECT’ TERNAKAN UDANG PUTIH ‘SOUTH AMERICA’ DI TEMOH, PERAK Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Beri Pengalaman Langsung Pengurusan Ternakan

Pusat Ternakan Udang Putih jenis ‘South America’ milik KPPH di Temoh Perak menjadi bukti kejayaan projek ternakan tersebut sekiranya ingin dinilai oleh mana-mana koperasi yang berhasrat untuk menyertai projek yang sama di Langkawi kelak.

» Ternakan ikan air tawar (Talapia Merah) turut dijalankan secara selingan.

» Pek khas digunakan untuk menjamin tahap kesegaran udang yang dijual kepada pelanggan.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika melakukan lawatan kerja bagi menyaksikan kerja-kerja penuaian udang kali ke-5 itu berkata, teknologi yang digunapakai oleh KPPH di pusat tersebut berjaya membuktikan projek ternakan udang kendalian koperasi tersebut mampu untuk berdaya maju. Katanya, program itu juga dapat peluang kepada koperasi untuk menceburi industri ternakan udang berskala tinggi selain dapat berperanan sebagai pengeksport menerusi kontrak pertanian yang telah ditandatangani bersama negara China. ANGKASA sedia memberi bantuan sewajarnya bagi memastikan koperasi yang terlibat diberi panduan dan khidmat latihan secara menyeluruh dan berjaya memperoleh keuntungan hasil pelaburan yang dibuat. Projek ternakan Udang Putih di Temoh Perak mula

beroperasi sejak tahun 2016 dan sehingga

kini, pusat seluas satu ekar itu yang mempunyai lima buah kolam ternakan Udang Putih ‘South America’ selain dua kolam ternakan ikan. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri. Sementara itu Pengerusi KPPH, Saifol Bahri Samsudin berkata, kesemua hasil tuaian udang di pusat ternakan tersebut sudah habis ditempah oleh pemborong tempatan. Menurutnya lagi, permintaan tinggi terhadap Udang Putih jenis ‘South America’ memaksa KPPH mencari alternatif tambahan bagi memenuhi permintaan pasaran. Setakat ini harga pasaran bagi udang putih segar adalah sekitar RM29.00 sekilogram.

18 PELANCAR Februari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease