» Sebuah kolam konkrit G25 beserta Rasuk Tetulang dengan dinding pond bersaiz 6 x 33 meter mampu menghasilkan udang sehingga dua tan bagi setiap tuaian (empat bulan).
Projek ternakan Udang Putih jenis ‘South America’ yang diterajui KPPH menjadi contoh terbaik dalam usaha ANGKASA untuk memartabatkan sektor pertanian koperasi ke persada dunia. Kualiti ternakan tersebut yang bersifat organik sememangnya mendapat permintaan yang tinggi di pasaran khususnya di luar negara. Permintaan yang tinggi daripada negara China sendiri yang sememangnya memerlukan sejumlah 180 juta tan udang jenis tersebut setahun telah meyakinkan kita bahawa masalah pemasaran bagi ternakan tersebut dianggap sudah selesai. China setakat ini masih memerlukan sejumlah 60 juta tan setahun apabila negara tersebut hanya mampu menyediakan sejumlah 120 juta tan menerusi pengeluaran tempatan dan juga import. China Sedia Borong Semua Hasil Ternakan Peluang Koperasi Jana Perolehan Konsisten
DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA
» Pengerusi KPPH, Saifol Bahri memberi penerangan tentang teknik pengawasan rapi ( system cloud ) oleh mesin yang digunakan di pusat ternakan udang bagi membantu menyeimbangkan kadar PH air laut.
Projek ternakan udang di Bukit Malut Langkawi sekiranya beroperasi pada skala penuh hanya berupaya mengeluarkan sehingga 250 ribu tan dan jumlah tersebut masih belum dapat memenuhi permintaan China. Sedangkan banyak lagi negara lain seperti negara-negara Asia Barat dan Eropah yang sedia mengimport produk tersebut bagi memenuhi permintaan domestik. Justeru, peranan ANGKASA selaku badan puncak gerakan koperasi negara dalam membantu melonjakkan peluang koperasi untuk meneroka pasaran antarabangsa secara konsisten perlu disokong oleh semua pihak khususnya koperasi ahli. Sebagai Ahli Lembaga Pengarah ICA Global, saya sedia membantu memperkenalkan produk-produk koperasi Malaysia yang memiliki potensi eksport menerusi platform ANGKASA, untuk diperkenalkan kepada negara-negara luar. Namun untuk memastikan semua proses dokumentasi berjalan lancar dan tersusun, koperasi juga harus bersedia untuk merealisasi dan mengeluarkan produk dengan kuantiti yang secukupnya selain mampu memenuhi piawaian eksport.
Februari 2018 PELANCAR
19
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease