Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
Pengerusi Jawatankuasa BKMPK merangkap Naib Presiden ANGKSA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, kerjasama sebagai satu pasukan kerja amat penting bagi mengukuhkan lagi budaya kerja selain perkongsian ilmu secara lebih sistematik dan efisien. Beliau yang mempunyai pengalaman dalam KPM sebelum ini memberitahu, banyak perkara mampu dilaksanakan oleh koperasi sekolah. Antaranya seperti menubuhkan tabungan untuk pelancongan, pelajaran, kebajikan dan lain-lain. Hasil daripada keuntungan yang diperoleh, koperasi sekolah dapat membantu pembangunan sekolah seperti menyumbang kepada pembangunan lanskap dan sebagainya. Secara tidak langsung juga, anggota koperasi akan mendapat manfaat hasil pembangunan ilmu yang diterapkan melalui penganjuran aktiviti koperasi. Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat global selaku Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), berhasrat untuk memperjuangkan pembangunan koperasi sekolah dalam kalangan negara-negara ICA. Menerusinya, pelbagai program kini sedang dirancang dan fokus akan diberi kepada koperator daripada kalangan pelajar. Menurut beliau, anggota koperasi harus diberi kefahaman mengenai tadbir urus yang baik, seperti cara mengendalikan mesyuarat agung, mampu bersuara bagi menyampaikan idea serta pendapat selain menjalani praktikal di bawah bidang kokurikulum. Perbincangan itu juga turut bermatlamatkan kerjasama antara ANGKASA dan Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri, dalam membangunkan kepimpinan modal insan selain membuat rumusan serta merancang strategi untuk tujuan tersebut. Mampu Lahir Koperator Berwibawa Kerjasama ANGKASA-KPM Program Kepimpinan Modal Insan Koperasi Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dianjurkan oleh Bahagian Kepimpinan Modal Insan & Pembangunan Keusahawanan (BKMPK) ANGKASA, di Hotel Aliya, Klang pada Januari lalu.
» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail merasmikan program.
» Pengarah Bahagian Kokurikulum & Kesenian, KPM, Wan Mohd Ariffin Wan Hussin ketika menyampaikan kertas kerja.
» Antara peserta yang hadir.
Sesi perbincangan meliputi program pendidikan koperasi di sekolah melibatkan: 1. 400 buah program pada Kursus Modal Insan. 2. 14 buah program Seminar Modal Insan. 3. Enam buah Program Khidmat Masyarakat. Hasrat ANGKASA adalah untuk memastikan koperasi sekolah dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berwibawa serta mampu mencetuskan inovasi baharu dalam usaha melestarikan koperasi sekolah. Hadir pada perbincangan itu ialah, Pengarah Bahagian Kokurikulum & Kesenian, KPM, Wan Mohd Ariffin Wan Hussin; Ahli- Ahli Jawatankuasa BKMPK, Haji Zulkefli Haji Jamaludin, Haji Muslim Md. Shah dan Haji Mohd Zahidi Haji Husain.
22 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease