Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ MAAB – IBFIM RANCANG BANGUNKAN MODUL LATIHAN BERASASKAN ISLAM

» Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah MAAB merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan cenderamata berbentuk buku tulisan beliau iaitu “Jati Diri Koperasi : Penerapan, Pengamalan Dan Manfaatnya Dalam Koperasi Sekolah” serta majalah PELANCAR kepada Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Encik Yusry Yusoff.

Satu Mesyuarat Kerjasama Antara MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan Islamic Banking Finance Institute Malaysia (IBFIM) telah diadakan baru-baru ini bertempat di ibu pejabat ANGKASA sebagai langkah ke arah memajukan strategi pembangunan perniagaan kedua-dua pihak. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah MAAB merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan dihadiri Ahli Lembaga Pengarah MAAB yang lain itu Encik Sazali Abd. Hamid dan Encik Darulnizam Mat Darus serta Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Dato’ Ahmad Saruji Abd. Aziz dan Pengurus Besar MAAB, Encik Faudzi Mat Din. IBFIM pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Yusry Yusoff bersama pegawai yang lain. Agenda mesyuarat berkisar mengenai kerjasama ke arah usaha membangunkan satu modul latihan berasaskan Islam iaitu Islamic Legacy Management (ILM) secara lebih teratur dan tersusun. Dalam usaha memastikan ia mendapat pengiktirafan ke arah pensijilan profesional yang dikeluarkan oleh IBFIM, program pensijilan ini akan direalisasikan menerusi tanda aras kerangka kelayakan IBFIM serta diberikan perakuan akreditasi program oleh agensi akreditasi kewangan bagi memastikan kualiti pensijilannya diperakui.

Februari 2018 PELANCAR

23

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease