Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

yang diperoleh akan disalurkan semula kepada anggota dalam bentuk rebat, dividen, diskaun, bonus, sumbangan dan hadiah. “Melalui transformasi koperasi, usaha-usaha untuk menyediakan pekerjaan atau menambah pendapatan boleh direalisasikan. Menerusi usaha ini, jurang pendapatan rakyat dapat dikurangkan dan taraf hidup mampu ditingkatkan,” katanya. Antara yang hadir di majlis tersebut ialah Presiden ANGKASA,

Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Rosni Abdul Jalil; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Wilayah Persekutuan, Hajah Jamaliah Ismail. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Majlis Makan Malam Silaturahim ANGKASA Wilayah Persekutuan 2018 di Kuala Lumpur turut diserikan dengan majlis anugerah penghargaan kepada koperasi dan anggota serta warga kerja koperasi yang telah banyak menyumbangkan jasa dalam membangunkan koperasi di Wilayah Persekutuan.

» Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang Pengurusan Koperasi Wilayah Persekutuan 2017, Ketua Pengarah Eksekutif Koperasi Kakitangan Petronas Berhad, Haji Abdol Alim Yaacob

» Penerima Anugerah Tokoh Koperasi 2017, Pengerusi Koperasi Tenaga Nasional Berhad, Yang Mulia Raja Hang Tuah Raja Iskandar

Anugerah Tokoh Koperasi 2017 Yang Mulia Raja Hang Tuah Raja Iskandar – Koperasi Tenaga Nasional Berhad Anugerah Khidmat Cemerlang dan Terbilang Koperasi Wilayah Persekutuan 2017 1. Encik Mohd Shahrin Mohd Ali – Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad 2. Encik Rasalingam A/L Kanagalingam – Koperasi MCIS Berhad Anugerah Khidmat Cemerlang Pengurusan Koperasi Wilayah Persekutuan 2017 Haji Abdol Alim Yaacob – Koperasi Kakitangan Petronas Berhad Anugerah Koperasi Sekolah 1. Anugerah Koperasi Sekolah Cemerlang dan Terbilang Wilayah Persekutuan 2017 - Koperasi Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur Berhad 2. Anugerah Cemerlang dan Terbilang Pembimbing Koperasi Sekolah Wilayah Persekutuan 2017 - Puan Siti Rohani Mat Nor – Koperasi Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur Berhad 3. Anugerah Pemimpin Pelajar Cemerlang Koperasi Sekolah Wilayah Persekutuan 2017 - Saudara Yip Kah Chien – Koperasi Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan Setapak Berhad Anugerah Jasamu Dikenang 2017 Dato’ Haji Abdullah Mahmood – Mantan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan

Februari 2018 PELANCAR

25

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease