Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

Laporan JPAN Selangor

Usaha perlu terus dilaksanakan dengan lebih giat bagi memastikan momentum gerakan koperasi sekolah dapat terus dilonjakkan selaras dengan perkembangan sosioekonomi semasa. PERGIAT USAHA MAJUKAN GERAKAN KOPERASI SEKOLAH Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

DATO’ ALIAS HAMZAH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor

Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, pelan pembangunan perniagaan koperasi sekolah sentiasa diberi penambahbaikan dalam usaha ANGKASA untuk memastikan sasaran perolehan melebihi RM1 juta setahun dapat terus dicapai oleh lebih banyak koperasi sekolah. Katanya, pihak pengurusan dan pemilik koperasi perlu bekerjasama antara satu sama lain. Manakala keputusan yang dibuat juga perlu dibuat atas keputusan bersama supaya segala usaha dan risiko yang dihadapi dapat dikongsi sekaligus dapat melancarkan kerja. Garis Panduan juga termasuk dalam tadbir urus, serta apa sahaja perbincangan diadakan untuk perspektif. Kesemuanya bergantung kepada Anggota Lembaga, untuk mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai koperasi. Anggota- anggota Lembaga juga harus mengelakkan diri daripada terjebak dengan ‘conflict of interest’ , selain mengetahui secara jelas garis panduan yang ditetapkan.

“Amalan berkoperasi diwujudkan bagi mencapai nilai tambah dalam diri koperator. Koperasi merupakan milik semua orang yang terlibat. Hasil daripada keuntungan, koperasi juga boleh membayar zakat. Perniagaan dalam koperasi dapat membentuk nilai dalam diri anggota. Derma ataupun zakat pula hanya dapat dibayar, sekiranya untung yang diperoleh banyak. Apa yang penting, tujuan berkoperasi perlu jelas dalam kalangan anggota”, ujarnya Dato’ Haji Kamarudin turut mengingatkan supaya semua pihak dalam koperasi patuh kepada amalan integriti. Katanya, integriti amat penting ketika menjalankan tugas dan setiap tindakan yang dilakukan perlulah selari dengan kehendak undang-undang. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Program Khas Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Di Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan (Pengetua & GPK Kokurikulum Lantikan

26 PELANCAR Februari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease