Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

» Dr. Mohd Azlan Yahya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Tadbir Urus Koperasi Sekolah’

» Dato’ Haji Kamarudin Ismail diiringi Dato’ Alias Hamzah turut menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan daripada kalangan peserta

» Sebahagian peserta program

2016 & 2017) anjuran ANGKASA di Petaling Jaya. Seramai 170 peserta menghadiri majlis tersebut. Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA, Dr Mohd. Azlan Yahya ketika membentangkan ‘Tadbir Urus Koperasi Sekolah’ berkata, Malaysia menjadi ‘ benchmark’ kepada negara luar dalam membangunkan gerakan koperasi sekolah. Perolehan hasil jualan koperasi sekolah, boleh disumbang kepada pelajar miskin dan untuk urusan kebajikan yang lain. Urusan pentadbiran di koperasi sekolah juga merupakan ibadah kepada koperator pelajar. Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Alias Hamzah berkata, ANGKASA kini telah menerima pengiktirafan daripada Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) apabila Dato’ Haji Kamarudin Ismail dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada persidangan ICA di Kuala Lumpur, November lalu. Katanya, penglibatan ANGKASA di peringkat global itu

» Aktiviti jualan buku turut dijalankan sepanjang tempoh program berlangsung

juga, sekaligus akan dapat melebarkan lagi pembangunan gerakan koperasi sekolah dalam kalangan negara-negara ICA. Pada majlis itu juga, satu Memorandum Perjanjian (MoA) telah dimeterai antara ANGKASA dengan Etiqa Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat pengeluar dan pengedar air jenama ‘Good Day’ dan ‘Calpis’ . Kerjasama itu dibuat bagi memudahkan pihak koperasi sekolah untuk mendapatkan bekalan minuman berkhasiat pada harga yang lebih berpatutan untuk dijual di kedai koperasi. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abd Razak Shaik.

Februari 2018 PELANCAR

27

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease