INFO SEMASA
3
Wadah
SEPTEMBER 2025
TYT Pulau Pinang Sokong Inisiatif Gerakan Koperasi ANGKASA
Pelancar berkata, nasihat tersebut menjadi panduan penting untuk ANGKASA dan gerakan koperasi menambah sumbangan dalam pembangunan ekonomi negeri. Sementara itu, Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman pula menyatakan bahawa kunjungan tersebut membuktikan pengiktirafan kepimpinan negeri terhadap gerakan koperasi dan mendorong koperasi di peringkat tempatan untuk bergerak lebih proaktif. Sebagai kesinambungan, satu majlis makan malam anjuran Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) akan diadakan di Pulau Pinang dalam masa terdekat bagi mempromosikan peranan KOPSYA dan Tun Ramli telah menyatakan kesediaannya untuk hadir. Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Hajah Fatimah Nurhaliza Mohd Hatta.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib (kanan) bersalaman dengan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) sewaktu Majlis Kunjungan Hormat ANGKASA di Seri Mutiara, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2025.
Oleh: RAHMAT MOHD DID
koperasi Pulau Pinang. ANGKASA turut membentangkan konsep Koperasi Kariah Masjid (KKM) sebagai wadah pemerkasaan sosioekonomi umat Islam di negeri tersebut. Beliau menasihatkan agar pendekatan pembangunan KKM diperkasakan supaya manfaatnya lebih menyeluruh kepada masyarakat setempat. Beliau juga menyatakan keterujaan dengan projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise dan yakin projek tersebut mampu membangunkan perniagaan koperasi dalam bidang pelancongan serta mewujudkan peluang pekerjaan khususnya kepada anggota koperasi dan rakyat Pulau Pinang. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika mengulas kepada media
Usaha ANGKASA memperkukuh gerakan koperasi di Pulau Pinang mendapat suntikan semangat apabila Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib menzahirkan sokongan penuh terhadap beberapa inisiatif utama yang dibentangkan. Dalam kunjungan hormat ANGKASA ke kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri, Seri Mutiara pada 26 Ogos 2025, Tun Ramli memberi perhatian khusus kepada projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise yang dijalankan dengan kerjasama Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad, Koperasi Mubarak Pulau Pinang Berhad, wakil Universiti Sains Malaysia (USM) dan 13 buah
Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bergambar dengan delegasi ANGKASA yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah di Seri Mutiara.
Dari Meja Presiden
ANGKASA dengan komitmen berterusannya sentiasa cakna terhadap perkembangan sosioekonomi semasa khususnya dalam memperkasakan perniagaan koperasi menerusi sentuhan yang berorientasikan teknologi digital. Bagi menambah baik kualiti kerja sedia ada melalui khidmat latihan dan bimbingan dalam mendepani persaingan ekonomi yang lebih kompleks dan mencabar, ANGKASA memerlukan program latihan yang komprehensif bersifat mesra digital diterap dan diperkasakan dari semasa ke semasa bagi menjana profesionalisme sekali gus merancakkan aktiviti jualan dan pemasaran.
Selain dapat menjimatkan kos operasi, usaha untuk mengadaptasi teknologi dan pengetahuan baharu adalah penting bagi meningkatkan kualiti kerja sekali gus dapat mencapai matlamat sesuai dengan norma tadbir urus dan kehendak pasaran semasa. Kita juga amat berharap agar skop latihan dan bimbingan yang dijalankan itu boleh meningkatkan tahap jati diri anggota koperasi yang terlibat dalam membina rantaian nilai secara lebih cemerlang demi kemajuan dan kelestarian gerakan koperasi di Malaysia.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease