Laporan JPAN
Terengganu
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
NBOS - BANTU PERTINGKAT KERJASAMA KOPERASI DAN AGENSI KERAJAAN ANGKASA optimis untuk terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam memperkasakan peranan masing-masing ke arah usaha untuk membantu memajukan gerakan koperasi di Malaysia.
HAJI MOHAMED YUSOFF Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu
Komitmen yang diterjemahkan oleh ANGKASA melalui hasrat tersebut jelas mencerminkan keseriusan badan yang memayungi gerakan koperasi di negara ini untuk melihat koperasi terus maju dan berkembang pesat seiring dengan perkembangan sosioekonomi negara di samping membantu meningkatkan perolehan koperasi. Bagi tujuan tersebut, satu usaha telah direalisasikan melalui satu Majlis Pengisian Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melibatkan 13 buah jabatan dan agensi kerajaan berkaitan. Program bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu, baru-baru ini, antara lain membincangkan langkah-langkah yang wajar diambil oleh agensi berkaitan dalam memperkemas dan mengembangkan koperasi di peringkat akar umbi. Inisiatif telus itu juga dilihat mampu memberi manfaat kepada anggota koperasi sekaligus menepati hasrat kerajaan yang mahu melihat kejayaan NBOS membantu merangsang pertumbuhan pesat dan mampan serta mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan harmoni. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mempengerusikan majlis tersebut mahu gerakan koperasi negara terus mencipta kemajuan melalui pelan NBOS yang dapat memupuk kerjasama lebih erat melalui penyelarasan antara agensi kerajaan dalam meningkatkan penyertaan pelbagai pihak berkepentingan di samping berkongsi kepakaran pelbagai bidang bagi kedua-dua pihak.
Inisiatif telus itu juga dilihat mampu memberi manfaat kepada anggota koperasi sekaligus menepati hasrat kerajaan yang mahu melihat kejayaan NBOS membantu merangsang pertumbuhan pesat dan mampan serta mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan harmoni.
» Wakil jabatan dan agensi kerajaan berkaitan mengikuti Majlis Pengisian NBOS JPAN Negeri Terengganu.
28 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease