» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah (tengah) bergambar bersama wakil jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.
Ujarnya, sokongan padu semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan kecemerlangan gerakan koperasi di negara ini sekaligus memenuhi hasrat kerajaan yang mahu melihat sektor koperasi seiring dengan sektor lain dalam pembangunan sosioekonomi negara. Kesemua 13 buah jabatan dan agensi kerajaan melibatkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Terengganu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) Negeri
Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Negeri Terengganu dan Sekretariat Transformasi Terengganu Baru (STTB). Turut terlibat adalah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Terengganu, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Zon Wilayah Timur, FELCRA Wilayah Timur Negeri Terengganu, FELDA Wilayah Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Terengganu. Antara yang hadir dalam program berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Terengganu, Haji Mohamed Yusoff; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Shamsuddin; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Jusoh dan Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Mohammad Zamri Haji Yaacob.
Februari 2018 PELANCAR
29
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease