Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ NBOS PEMANGKIN KEMAJUAN SEKTOR KOPERASI terus berkembang maju melalui penghasilan idea kreatif dan inovatif
Dengan ini, ia secara pantas menyampaikan inisiatif berimpak tinggi bagi manfaat rakyat dengan melibatkan kos yang rendah kepada kerajaan. Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang diperkenalkan Kerajaan adalah sebuah komitmen padu yang diterjemahkan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, menerusi kolaborasi sejumlah 80 kementerian dan agensi, pelan strategi tersebut dilihat berupaya merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif kerajaan sekaligus menjadi titik fokus kepada usaha-usaha transformasi kerajaan. Menurut beliau, pendekatan digunakan Perdana Menteri NBOS menjadi tonggak utama dalam transformasi negara oleh kerana kerajaan menyusul apa yang dikenali sebagai Proses Anjakan Lautan Biru (Blue Ocean Shift) untuk menangani pelbagai bentuk isu ekonomi serta sosial.
Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak itu juga berfungsi sebagai tunjang integrasi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Rancangan Malaysia Ke-10 serta menjadi pemangkin kepada matlamat jangka panjang Transformasi Nasional 2050 (TN50). “Sebagai badan puncak kepada gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA tidak ketinggalan turut menyahut seruan kerajaan yang mahu melihat sektor koperasi menjadi pemain terbaik dalam industri pembangunan sosioekonomi negara. “Menerusi kepelbagaian aktiviti pembangunan perniagaan yang dilaksanakan koperasi-koperasi, NBOS yang dirangka untuk memberi manfaat kepada rakyat diharap dapat membantu sektor koperasi
berdasarkan kolaborasi antara kementerian, jabatan dan agensi dengan menggunakan sumber sedia ada selain menjimatkan kos perbelanjaan,” ujar beliau. Justeru katanya, sektor koperasi disaran untuk bersama- sama menyokong usaha kerajaan serta memberikan komitmen padu dalam memajukan koperasi masing- masing untuk kecemerlangan. Sejak NBOS dilancarkan pada 2009 sehingga kini, sebanyak 80 jabatan atau agensi kerajaan telah melaksanakan lebih 100 inisiatif secara kolaboratif yang dibina berdasarkan tiga prinsip tonggak iaitu berimpak tinggi, kos rendah dan pelaksanaan yang pantas bagi membolehkan penyampaian projek serta perkhidmatan memberi manfaat kepada rakyat.
Elemen utama dalam NBOS :
1.
Penghasilan idea kreatif dan inovatif.
2. Kolarasi antara kementerian, jabatan dan agensi. 3. Melibatkan kos perbelanjaan yang minimum. 4. Meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat. 5. Menggunakan sumber sedia ada. 6. Hasil berimpak tinggi.
30 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease