Laporan JPAN
Pahang Zon 2
HAJI MANSOR AB. RAHMAN Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 2
» Haji Mutadho Bahri (kanan) dan Pengerusi JPAN Pahang Zon 2, Haji Mansor Ab. Rahman (dua dari kanan) beramah-mesra dengan peserta.
PELUANG BERNIAGA SAMBIL BERAMAL Pusat Dialisis : Oleh : RAHMAT MOHD DID Perkhidmatan Hemodialisis merupakan sebuah perniagaan berskala tinggi yang bukan sahaja mampu memberikan pulangan yang baik kepada pelabur, malah turut menyumbang kepada kewujudan elemen kerohanian menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada masyarakat setempat yang memerlukan.
Menurut Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri, pusat dialisis mampu mencapai pulangan modal (ROI) dalam masa hanya dua tahun kerana kos rawatan setiap pesakit adalah tinggi dan permintaan juga adalah tinggi. “Pusat Dialisis perlulah memberikan perkhidmatan terbaik dan mesra pelanggan seperti menyediakan kenderaan mengambil pesakit yang tidak mempunyai waris, peralatan yang bersih
dan berkualiti, tempat rawatan yang kondusif dan lain-lain untuk memastikan pelanggan berpuas hati dan memberikan pulangan yang sewajarnya,” jelas beliau. Katanya, ANGKASA selaku badan puncak gerakan koperasi di Malaysia akan sentiasa memberi perhatian dan sokongan bagi memastikan usaha koperasi dapat bergerak dengan baik, mampu menjana pendapatan melalui pelbagai bidang yang diceburi
seterusnya memberi manfaat kepada anggota-anggotanya. “Kami juga bercadang untuk menjadi pemborong barang-barang peralatan dialisis melalui jaringan 12 buah CoopDialisis yang mampu menjimatkan kos koperasi-koperasi ahli jaringan yang menguruskan perkhidmatan dialisis. Selain itu, ANGKASA juga dalam proses menubuhkan Pusat Latihan Renal ANGKASA (PLRA) dengan kerjasama Koperasi
32 PELANCAR Februari 2018 32 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease