Oleh : Rosli Hassan
PEMBINAAN LESTARI AMALAN KOPERASI
Pembinaan lestari merujuk kepada binaan bangunan atau rumah yang mesra alam semulajadi. Ia bermula dengan lakaran reka bentuk, pemilihan bahan binaan, proses pembinaan, penyelengaraan sehinggalah kepada proses pengubahsuaian. Kaedah lestari ini menumpukan kepada penggunaan air, tenaga dan bahan mentah yang bukan sahaja murah dan menjimatkan tetapi mampu memelihara alam sekitar.
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA
Kerja-kerja pembinaan dan perumahan yang dijalankan oleh pemaju koperasi makin popular dengan menggunakan konsep kediaman eko. Kaedah ini ternyata telah memberi nilai tambah yang amat diperlukan oleh pengguna dan anggota koperasi. Kediaman dan perumahan mesra alam lebih menumpukan kepada persekitaran hijau dengan reka bentuk landskap yang menarik serta penggunaan tenaga yang cekap. Kedua-dua elemen ini penting bagi mewujudkan kediaman mesra alam dengan konsep yang bercirikan perlindungan alam sekitar. Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh koperasi harus menitkberatkan pelbagai aspek seperti sistem pengudaraan, pen- cahayaan, aspek pembinaan, pemilihan bahan binaan, reka bentuk landskap, inovasi dan pengaliran air.
kediaman eko tidak hanya tertumpu kepada landskap sahaja. Pemilihan bahan binaan yang betul turut menyumbang kepada suhu dan persekitaran dalam rumah secara semulajadi. Sebagai contoh, pembinaan rumah tradisional di kampung tidak menggunakan banyak bahan tambahan. Penggunaan bahan binaan rumah tradisional mampu menyejukkan kediaman secara semulajadi tanpa memerlukan penghawa dingin. Reka bentuk rumah tradisional yang mempunyai saluran pengudaraan serta pencahayaan yang baik mampu mengimbangi suhu dalam rumah. Berbanding dengan rumah moden yang lebih tertutup, saiz yang sempit serta memerlukan alatan tambahan untuk mengimbangi suhu. Ciri-ciri rumah moden di bandar tidak banyak membantu menghasilkan alam sekitar yang berkualiti. Reka bentuk rumah yang membenarkan cahaya semulajadi masuk ke kediaman akan membantu menyejukkan suhu dan mengurangkan penggunaan penghawa dingin. Kaedah ini bukan sahaja mengurangkan
Katanya, aspek tersebut penting bagi menjamin alam sekitar dipelihara. Oleh yang demikian, konsep
34 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease