pencemaran malah turut mengurangkan kos. Pengunaan bahan binaan yang kurang menyimpan haba atau memantulkan haba seperti konkrit, kaca, PVC dan plastik akan turut membantu mengawal suhu persekitaran di dalam dan di luar rumah. Pemilihan bahan binaan yang bijak dengan pemilihan tekstur dan cat akan turut mewujudkan eko yang baik. Selain itu, pemaju dalam kalangan koperasi harus menyediakan tempat pembuangan sisa pepejal khas untuk kertas, kaca, tin dan plastik. Ini bagi membolehkan pengguna mengasingkan sisa buangan bagi membantu mengurangkan limpahan sisa sampah di tempat pelupusan. Kawasan dengan persekitaran hijau boleh mewujudkan suasana yang damai. Ia juga akan menyediakan ruang bagi komuniti untuk beriadah dan bersosial sekaligus dapat menghasilkan kualiti hidup yang lebih baik bagi masyarakat. Persekitaran perumahan dengan ruang yang besar akan mempengaruhi pembesaran anak-anak dalam kejiranan. Landskap yang lengkap dengan tumbuhan dan pokok-pokok hijau akan turut mengurangkan suhu persekitaran serta menyerap lebih banyak karbon dioksida di kawasan perumahan.
Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang diwujudkan oleh Persatuan Arkitek Malaysia dengan kerjasama Persatuan Jurutera Perunding Malaysia pada 2009 bertujuan untuk mendidik dan menggalakkan perunding pembinaan seperti arkitek, jurutera, pereka serta masyarakat umum membina rumah atau bangunan yang lebih mesra kepada alam sekitar. GBI memberi tumpuan kepada enam kriteria utama iaitu:
• • • • • •
Kecekapan Tenaga
Kualiti persekitaran dalaman
Perancangan tapak dan pengurusan mapan Bahan-bahan dan sumber yang digunakan
Kecekapan air
Inovasi
Amalan konsep pembinaan bercirikan alam sekitar harus diberikan pengecualian cukai sepenuhnya oleh pihak berwajib. Ini bagi menggalakkan lebih banyak pemaju koperasi membina rumah untuk anggota dengan mengamalkan konsep eko. Langkah beberapa kerajaan tempatan yang mewajibkan pembangunan kawasan kediaman mempunyai lebih 30 peratus kawasan hijau mampu meningkatkan ekosistem semulajadi. Garis panduan yang disediakan melalui GBI boleh digunakan oleh pemaju koperasi dalam membangunkan konsep kediaman eko. Konsep pembinaan rumah dan bangunan komersil dengan mengamalkan seni reka lestari harus menjadi keutamaan kepada pemaju koperasi. Sama ada dalam reka bentuk rumah bandar yang moden atau kawasan bangunan komersil. Penekanan terhadap amalan lestari akan membantu pemeliharaan alam sekitar yang lebih baik bagi generasi akan datang. Pembangunan di Putrajaya dan Seremban 2 adalah contoh terbaik bandar mesra alam dengan amalan seni reka lestari yang cemerlang.
» Program pembangunan di Putrajaya menjadi contoh terbaik kepada Pelaksanaan Indeks Bangunan Hijau
Februari 2018 PELANCAR
35
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease