Oleh : MOHD. ZAKUAN AZMI
Bajet 2018 ANGKASA
Perlu Bergerak Secara Cepat, Tepat dan Betul
Justeru, setiap anggota atau warga kerja di ANGKASA harus mempunyai sikap sentiasa peka dan sensitif terhadap suasana ekonomi melibatkan faktor dalaman dan juga luaran. Sikap seumpama itu wajar dititik beratkan demi sama-sama membantu dalam aspek perbelanjaan berhemah selain memberi sokongan terhadap langkah penjimatan yang dijalankan. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika berucap dalam perasmian Bengkel Bajet ANGKASA 2018 di Hotel Aliya, Klang baru-baru ini. Katanya, ANGKASA perlu mencari formula untuk tingkatkan perolehan menerusi pelaksanaan Strategic Business Unit (SBU) selain meminta semua pihak supaya terus memberikan komitmen secara lebih padu demi memastikan pengurusan perbelanjaan operasi dapat memberi sumbangan kepada pendapatan bersih. “Sudah tiba masanya untuk kita menumpukan teknik ‘approach’ dalam perkhidmatan yang ditawarkan seperti memberi penekanan terhadap promosi untuk memudahkan pelanggan membuat tindakan seterusnya. Konsep tersebut juga haruslah dilaksanakan secara bersama untuk memastikan konsistensi dan sumbangan secara lebih berkesan. Pelaksanaan kewangan di bawah kepimpinan Dr. Mohd Azlan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kewangan ANGKASA yang baharu diharap dapat berjalan dengan lebih baik dan berkembang secara selari serta mampu merealisasikan sasaran peningkatan perolehan sebanyak 10 peratus,” ujar beliau. Turut hadir pada bengkel selama dua hari itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri, Naib- Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dr. Mohd Azlan Yahya; Ahli Jawatankuasa Kewangan ANGKASA, Dato’ Mohd Shukree dan Haji Mohamed Yusoff; Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dr. Ainuddin Bahari serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh. Sejajar dengan hasrat untuk memenuhi permintaan perwakilan yang mahukan peningkatan dalam sumbangan kepada perolehan ANGKASA menerusi kepelbagaian aktiviti ekonomi, semua pihak yang terlibat perlu menggerakkan tadbir urus secara cepat, tepat dan betul.
38 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease