Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

Bajet Berasaskan ‘Program dan Prestasi’

Pendekatan baharu tersebut adalah hasil kajian yang telah dibuat oleh pihak Jawatankuasa Kewangan ANGKASA sebelum ini yang mahukan sebuah sistem pengurusan kewangan lebih komprehensif supaya apa juga matlamat akhir yang ingin dicapai dapat diukur dan dilaporkan dengan lebih baik. Pengurusan kewangan merupakan nadi kepada mana-mana organisasi. Dalam konteks bajet, ia merupakan perancangan dan halatuju kepada sesebuah organisasi dalam tempoh yang pendek iaitu satu tahun dan diterjemah dalam bentuk kewangan. Namun bagi menentukan apa yang hendak dicapai itu benar-benar menepati matlamat dan dianggap berjaya, pendekatan ekonomi, efisyen dan efektif akan membantu dalam menilai semua aspek perbelanjaan yang dibuat. Sistem bajet berasaskan kepada ‘Program dan Prestasi’ mula diguna pakai dalam tadbir urus kewangan ANGKASA tahun ini selaras dengan matlamat penambahbaikan terhadap semua aspek khususnya peruntukan terhadap aktiviti-aktiviti utama ANGKASA.

DR MOHD AZLAN YAHYA Naib Presiden ANGKASA Pengerusi Jawatankuasa Kewangan ANGKASA

Di bawah sistem tersebut, setiap program yg ingin dilaksanakan perlu memiliki objektif tersendiri, matlamat, kaedah dan apakah Indeks Prestasi Utama (KPI) yang akan dicapai oleh sesuatu program. Jawatankuasa Kewangan ANGKASA akan bertindak sebagai pemudahcara dan tidak akan berkompromi dengan tadbir urus yang tidak mengikuti segala pematuhan, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Semua pihak yang terlibat juga perlu memainkan peranan masing-masing dengan telus serta mengikut lunas undang-undang supaya warga kerja ANGKASA dapat bertugas secara ‘ piece of mind ’ dan amanah

yang dipertanggungjawabkan itu berjaya membuahkan hasil yang baik sekaligus memberi sumbangan kepada pendapatan bersih. Justeru, setiap bahagian atau sektor perlu bekerja keras untuk memastikan sasaran peningkatan perolehan sebanyak 10 peratus setahun menjadi kenyataan seperti yang telah ditetapkan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Menerusi pencapaian tersebut juga, perancangan selanjutnya iaitu menggunakan lebihan pendapatan untuk dilaburkan dalam sektor-sektor yang berdaya saing dan berimpak tinggi akan dapat direalisasikan demi terus meningkatkan perolehan kewangan ANGKASA.

» Dr. Mohd Azlan Yahya ketika mempengerusikan bengkel bajet ANGKASA 2018 di Hotel Alya Klang.

Februari 2018 PELANCAR

39

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease