‘Price Catcher’ Aplikasi Semakan Harga Barangan Pengguna Oleh : MOHD. ZAKUAN AZMI
Sejajar dengan visi iaitu ‘Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi’, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengorak langkah ke hadapan selaras dengan matlamat ‘ Caring Ministry ’ dengan bertunjangkan tiga misi utamanya iaitu : Menggerakkan sektor domestik utama yang berdaya saing, progresif dan mampan; Ekonomi domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif; dan Membangunkan ekosistem perdagangan berasaskan etika dan kepentingan pengguna. Berdasarkan kepada Motto Kementerian iaitu ‘Perdagangan Sihat Pengguna berkat’ di bawah kepimpinan YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK telah memperkenalkan sebuah aplikasi semakan harga barangan pengguna iaitu ‘ Price Catcher ’. Aplikasi pintar tersebut yang boleh dimuat turun
secara percuma menerusi App Store atau Google Play dibangunkan bagi membantu pengguna di seluruh negara merancang perbelanjaan secara bijak. Menerusinya, pengguna dapat membuat perbandingan harga yang dipaparkan daripada harga terendah sehinggalah yang tertinggi. Selain dapat mengetahui maklumat terkini perubahan harga minyak, pengguna juga dapat mengenalpasti kadar harga barangan mengikut enam kategori utama barangan keperluan asas iaitu produk basah, produk kering, produk berbungkus, produk kebersihan, produk susu / bayi dan produk minuman. Pengguna juga boleh mengenal pasti lokasi premis yang menjual produk pilihan menerusi sambungan ke aplikasi carian waze atau google maps serta mengetahui perbezaan kadar harga yang ditawarkan antara satu premis dengan premis yang lain. Selain itu juga, maklumat yang diperoleh boleh dikongsi menerusi media sosial yang lain. Pengguna boleh mengunjungi laman sesawang www.pricecatcher.1pengguna.com untuk maklumat lanjut.
40 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease