Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

» Delegasi ketika mendengar taklimat tentang ANGKASA

MINAT KAJI KOPERASI PERUMAHAN DI MALAYSIA LAWATAN DELEGASI BANGLADESH KE ANGKASA Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ Seramai 25 delegasi daripada wakil Kementerian Koperasi Dan Luar Bandar, Jabatan Koperasi termasuk lima buah koperasi di Bangladesh telah mengadakan sesi lawatan ke Ibu Pejabat ANGKASA baru-baru ini. Delegasi tersebut yang diketuai oleh Additional

Katanya, lawatan ke ANGKASA dianggap sangat penting dalam usaha untuk mempelajari dan berkongsi maklumat perkhidmatan seperti yang ditawarkan oleh ANGKASA kepada koperasi. Delegasi Bangladesh sangat berminat untuk mengkaji aspek pengurusan hartanah seperti rancangan pembinaan rumah kediaman oleh koperasi. Keperluan terhadap perumahan anggota koperasi dilihat sebagai penting bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang tinggi daripada anggotanya.

Registrar Department Of Cooperative Of Bangladesh , Encik Md Mominul Haque Talukder, disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya, yang mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Menurut Md Mominul, gerakan koperasi di Bangladesh sememangnya menerima sokongan yang sangat baik daripada pihak kerajaan. Kerajaan menjadikan gerakan koperasi sebagai platform untuk membantu ekonomi rakyat.

Januari 2018 PELANCAR » Md Mominul Haque Talukder menyampaikan cenderamata pihak Additional Registrar Department Of Cooperative Of Bangladesh kepada ANGKASA yang diterima oleh Haji Nasir Khan Yahaya

» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (dua dari kanan, bawah) bergambar bersama delegasi Bangladesh

41

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease