Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

PENGGUNA PENUH YAKIN PRODUK BERJENAMA “CO-OP” Oleh : HAJI BORHAN MAT ARIS Gerakan koperasi pengguna di Jepun memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan selain memberi nasihat berkaitan perlindungan pengguna. Di Jepun, Akta Koperasi Pengguna mengawalselia semua koperasi pengguna. Akta tersebut mengkategorikan koperasi berdasarkan jenis perniagaan yang dijalankan dan akta tersebut juga tidak membenarkan koperasi pengguna menjalankan aktiviti perbankan. (Bahagian Kedua)

Dalam lawatan kerja dan sambil belajar pegawai- pegawai ANGKASA ke Tokyo untuk meninjau peranan badan-badan puncak mengikut fungsi di Jepun, salah sebuah organisasi koperasi yang dikunjungi adalah Japanese Consumer Cooperative Union (JCCU). Pada awal tahun 1950, begitu banyak koperasi pengguna ditubuhkan dan untuk menyelaraskan kegiatannya, sebuah badan induk koperasi pengguna telah ditubuhkan iaitu JCCU (Kesatuan Koperasi Pengguna Jepun) pada bulan Mac 1951 sebagai kesatuan kebangsaan yang mewakili koperasi pengguna Jepun. Kini sejumlah 320 koperasi pengguna dan kesatuan pengguna koperasi pengguna Jepun menjadi ahli JCCU. Jumlah perolehan jualan kasar keseluruhan ahli JCCU mencecah 3.4 trilion Yen Jepun dengan jumlah keanggotaan seramai 28 juta ahli. JCCU merupakan organisasi pengguna terbesar di Jepun.

Di Jepun sebuah koperasi pengguna hanya dibenarkan menjalankan kegiatan perniagaanya di wilayah ( prefecture ) tempat ia didaftarkan. Secara prinsipnya, mereka yang bukan anggota tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi. Menerusi perkhidmatan yang begitu baik yang diberikan oleh koperasi pengguna, rakyat Jepun tertarik serta menyokong usaha koperasi dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Penerangan mengenai JCCU yang disampaikan oleh Encik Yukio Abe menyatakan, meskipun banyak pencapaian telah dicapai oleh organisasi ini, masih banyak ruang untuk memperbaiki khidmat yang boleh diberikan kepada koperasi ahli dan juga para anggotanya terutamanya dalam era digital. Menurut beliau, pengguna kini lebih bersifat mahu berkongsi maklumat secara meluas dan JCCU terus

42 PELANCAR Februari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease