di England dan terus berkembang berikutan mendapat sokongan masyarakat. Klasifikasi koperasi pengguna di Jepun adalah terdiri daripada koperasi-koperasi perikanan dan juga koperasi- koperasi pertanian yang merupakan nadi pembekal bahan makanan kepada negara. Sebagai sebuah negara yang pernah mengalami kepayahan pada Perang Dunia Kedua, kehidupan masyarakatnya begitu mementingkan disiplin dan berusaha untuk membangunkan kehidupan bersama dengan berasaskan kehidupan bekerja bersama-sama demi manfaat bersama iaitu motto berkoperasi. Tidak hairanlah bahawa semangat berkoperasi rakyat Jepun begitu tinggi dan nilai-nilai kebersamaan sangat diambil berat oleh mereka. Kepercayaan masyarakat terhadap produk dan perkhidmatan yang dipasarkan oleh koperasi pengguna juga begitu tinggi malah koperasi memberi jaminan menjual hanya produk berkualiti dan dijamin selamat. Ini merupakan elemen penting yang mendekatkan masyarakat dengan koperasi. Bagi melindungi kepentingan pengguna, koperasi pengguna mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Jepun. Semangat bekerjasama yang ditunjukkan oleh masyarakat juga begitu tinggi dan membolehkan mereka mengumpul modal dan bergabung tenaga serta kemahiran dalam menubuhkan koperasi pengguna. Melalui penubuhan koperasi pengguna, masyarakat peniaga yang ada tidak dapat mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi pengguna yang menghadapi kesusahan dengan menjual pelbagai barangan yang kadangkala kurang berkualiti pada harga tinggi. Sebagai wakil anggota koperasi-koperasi pengguna seluruh Jepun, JCCU memainkan peranan menjalin hubungan dengan pelbagai organisasi, memberi khidmat nasihat kepada Gerakan Koperasi Pengguna
Jepun serta membuat pelbagai cadangan berkaitan polisi berkaitan pengguna kepada kerajaan. JCCU juga telah membangun dan menjadi pembekal kepada jenama CO-OP produk koperasi dan memberi sokongan yang padu kepada pembangunan perniagaan serta kegiatan yang dijalankan oleh koperasi ahli. JCCU dan koperasi ahlinya menjalankan operasi perniagaan yang berasingan dan mana-mana
koperasi pengguna Jepun juga tidak terikat dengan peraturan operasi perniagaan JCCU. Dalam urusan perniagaan, JCCU boleh bertindak dalam meluaskan pasaran produk yang dihasilkan oleh koperasi ahli dan koperasi pengguna Jepun mempunyai rangkaian perniagaan yang begitu baik dalam kalangan mereka. Dengan jumlah warga kerja sepenuh masa seramai 1,489 orang, JCCU memberikan
44 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease