perkhidmatan ke seluruh negara matahari terbit itu dan mempunyai reputasi yang begitu tinggi di mata pengguna Jepun malah JCCU juga dilihat sebagai pejuang yang melindungi pengguna di negara itu. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh JCCU adalah sebagai pembekal produk utama kepada rangkaian koperasi yang menganggotai badan itu selain menjadi entiti utama dalam membangun serta menjadi pembekal produk berjenama CO-OP yang begitu terkenal di Jepun. Bermula dengan produk berjenama CO- OP pertama iaitu “CO-OP Butter’ pada tahun 1960, kini jenama CO-OP mencakupi pelbagai produk yang diterima baik oleh masyarakat pengguna di Jepun. Bagi meningkatkan perniagaan koperasi ahli, JCCU juga menyediakan perniagaan secara katalog yang membolehkan pengguna melihat sendiri senarai produk menerusi foto serta tanda harga. Produk ini boleh dipesan secara atas talian dan dihantar terus kepada penerima. JCCU juga menyediakan khidmat
menyelaras segala kegiatan dengan badan kebangsaan Jepun dan juga mewakili koperasi pengguna Jepun dengan pelbagai badan diperingkat global. JCCU juga merupakan badan yang bertindak serta memberikan nasihat berkaitan pelbagai isu makanan, alam sekitar, kebajikan pengguna, perhubungan pengguna serta memastikan pengguna mendapat perlindungan yang sewajarnya daripada segi undang-undang. Sepanjang lawatan ke premis JCCU ini, sembilan orang pengurusan kanan serta pengurus ANGKASA dibawa melawat galeri yang mempamerkan sejarah perkembangan pemasaran produk yang dijayakan oleh JCCU dan kepelbagaian produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh JCCU. Ia termasuk hal-hal berkaitan pembungkusan, pelabelan, penjenamaan serta pemasaran produk menyaksikan usaha bersepadu yang boleh memantapkan koperasi pengguna di Jepun. Sebagai institusi yang bertindak sebagai penggabung koperasi pengguna yang telah wujud sejak 67 tahun yang lalu, JCCU memberikan sepenuh sokongan kepada usaha berikteraksi dalam kalangan koperasi yang menjadi ahlinya, membantu perniagaan ahli serta menyelaras kegiatan ahlinya dan memberi sokongan kepada patuh aturan
pengurusan berkualiti untuk produk, operasi dan pembangunan platform perniagaan serta menyediakan khidmat nasihat bagi pembangunan produk serta kaedah pemasarannya. Terkenal sebagai badan pengguna berpengaruh yang mewakili sektor koperasi pengguna, JCCU memainkan peranan mewakili sektor koperasi pengguna dalam memberikan pandangan serta
operasi koperasi ahli. Ini juga merupakan di antara punca mengapa rakyat di negara itu begitu kuat semangat untuk berkoperasi kerana khidmat yang diberikan oleh koperasi amat dirasai manfaatnya oleh setiap anggota.
Alamat : Japanese Consumers’ Co-operative Union (JCCU) CO-OP PLAZA 3-28-8, Shibuya Shibuya-ku Tokyo 150-8913 Japan.
Laman web : http://jccu.coop/eng
Februari 2018 PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease