Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

Tujuan kunjungan mereka ke ANGKASA adalah untuk meninjau aktiviti pertanian serta mendalami garis panduan koperasi di Malaysia selain mahu mencontohi program-program pembangunan koperasi yang dijalankan di Malaysia. Di Malaysia, mereka telah menjalani kursus di Maktab Koperasi Malaysia (MKM), yang bermula pada 12 Februari hingga Mac 2018, manakala di Jepun, kursusnya bermula pada 7 Mac hingga 29 Mac 2018. Ketua rombongannya iaitu Penasihat/Koordinator Projek ICA AP, Encik En Ashok Kumar Taneja berkata, banyak ilmu dan maklumat yang telah diperoleh sepanjang sesi lawatan tersebut. Antaranya adalah mengenai konsep dan peranan penubuhan Koperasi Kariah Masjid, Koperasi Sekolah dan Sistem Potongan Gaji ANGKASA. Menurut beliau, Malaysia juga akan dijadikan sebagai penanda aras dalam hal ehwal penubuhan koperasi, mendalami prinsip, asas dan Undang-Undang Kecil Koperasi. Sepanjang tempoh latihan, mereka juga telah didedahkan dengan sejarah gerakan koperasi di Malaysia, mendalami pentadbiran koperasi selain meninjau kejayaan menerusi lawatan ke beberapa buah koperasi. Turut hadir meraikan pelawat tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dr. Mohd Azlan Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya serta Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Hajah Roszurina Omar.

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menerima cenderahati daripada Perunding IDACA Encik Abe Yukio, selepas membentangkan kertas kerja.

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (paling kiri) bergambar bersama peserta.

Peserta lawatan tersebut terdiri daripada Pengurus Besar, pihak pengurusan badan apeks di Afrika, pegawai-pegawai koperasi dari Mesir, Tanzania, Kenya, Mozambique, Nigeria, Rwanda, Botswana, Republic De Cote D’Ivoire, Euthopia dan Ghana. ANGKASA menerima kunjungan seramai 11 peserta daripada IDACA baru-baru ini yang mengikuti Kursus Latihan ICA AP “Fostering Agricultural And Improving Management Of Agricultural Cooperatives In Africa 2018” di Malaysia-Jepun 2018.

» Melawat Pusat Khidmat Usahawan di ANGKASA.

Februari 2018 PELANCAR

47

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease