WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2025

INFO SEMASA

5

Wadah

SEPTEMBER 2025

Sesi Meja Bulat ANGKASA - MINDA-UKM: Ketengah Potensi Koperasi dalam Belanjawan 2026

Sesi Meja Bulat ANGKASA-MINDA-UKM bertajuk 'Menelusuri Hala Tuju Belanjawan 2026: Memeta Potensi Baharu Gerakan Koperasi' menampilkan dua ahli panel iaitu Pengarah Institut Pembangunan & Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (kanan) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang dipengerusikan oleh moderator, Tuan Sayed Munawwar Sayed Mustar (kiri) di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 17 September 2025.

Oleh: WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Usaha koperasi menerusi pembangunan sosioekonomi negara menjadi agenda utama kepada 'suara' gerakan yang lebih menyeluruh dan inklusif dalam menentukan keutamaan serta arah tuju fiskal negara. memperkukuh peranan Selain itu, usaha tersebut juga dapat membina ruang baharu dalam memeta potensi serta memperkasa kedudukan koperasi sebagai rakan strategik bagi mendukung aspirasi Ekonomi MADANI. Demikian antara inti pati bual bicara yang berlangsung dalam Sesi Meja Bulat ANGKASA- MINDA-UKM bertajuk 'Menelusuri Hala Tuju Belanjawan 2026: Memeta Potensi Baharu Gerakan Koperasi' bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 17 September 2025. Program wacana ANGKASA dengan kerjasama MINDA-UKM yang julung kali diadakan itu menampilkan dua ahli panel iaitu Pengarah Institut Pembangunan & Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang dipengerusikan oleh moderator tersohor, Tuan Sayed Munawwar Sayed Mustar. Kedua-dua tokoh akademik dan koperasi yang berpengalaman tersebut telah berjaya mengenengahkan idea bernas, wacana bernilai tinggi serta cadangan yang diyakini mampu memberikan impak yang lebih holistik dan berdaya tahan kepada pembangunan gerakan koperasi serta kesejahteraan masyarakat keseluruhannya. Menurut Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan, koperasi adalah 'permata' negara yang memiliki peranan besar dalam kerangka pembangunan ekonomi negara seiring dengan perkembangan inovasi, keusahawanan, kelestarian alam dan keterangkuman. Katanya, gerakan memiliki model koperasi yang unik kerana nilai kebersamaan yang ada dan

Ahli panel bergambar bersama wakil koperasi yang hadir selepas Sesi Meja Bulat ANGKASA-MINDA-UKM.

sewajarnya digembleng secara kolektif dalam usaha mengarusperdanakan koperasi sebagai agen transformasi ekonomi dan sosial serantau. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mahu Belanjawan 2026 dapat membuka ruang koperasi bukan sahaja berkembang, malah menjadi tonggak utama dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Beliau berkata, ANGKASA memilih bidang Agro Makanan Berimpak Tinggi sebagai medan strategik koperasi seiring dengan Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang menetapkan hala tuju untuk membangunkan sektor koperasi. Agro Makanan katanya, menyatukan kepentingan nasional, mencipta peluang ekonomi serta fungsi sosial koperasi yang bukan sahaja menjamin bekalan negara, bahkan dapat mengurangkan kebergantungan import dan menstabilkan harga. "Melalui sokongan berterusan kerajaan, ANGKASA berharap koperasi boleh bergerak seiring dengan sektor awam dan swasta dalam memacu Ekonomi MADANI. Justeru, Belanjawan 2026 diharap dapat menyediakan satu lonjakan strategik melalui Dana Transformasi Koperasi untuk menjadikan koperasi sebagai kuasa ekonomi ketiga negara," ujarnya.

Seramai 60 warga koperasi terbaik sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan turut serta dalam program itu yang bermatlamat untuk mendapatkan perspektif langsung daripada gerakan koperasi untuk dihimpun, diteliti dan disalurkan sebagai input penting kepada pembuat dasar negara dalam proses penggubalan Belanjawan 2026. Turut hadir dalam program itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato' Haji Kamarudin Ismail, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri serta barisan pengurusan ANGKASA diketuai Dato' Haji Abdullah Jusoh. Belanjawan 2026 iaitu Belanjawan MADANI Keempat bakal dibentangkan pada Oktober 2026 merupakan Belanjawan pertama yang dilaksanakan bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)/Pelan Malaysia Ke-13 (13MP). Tiga tonggak utama Belanjawan 2026 yang diberi perhatian ialah Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara, Menaikkan Lantai Taraf Hidup Rakyat dan Memacu Pembaharuan, Tatakelola Yang Baik. Ketiga-tiga tonggak tersebut adalah seiring dengan usaha memperbaiki kualiti hidup rakyat melalui subsidi terarah, modal insan, tadbir urus baik dan pembangunan inklusif.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease