» Dato’ Abdul Fattah Abdullah melihat dokumen MoU yang telah ditandatangani antara ACO dan QM sambil disaksikan oleh Haji Mutadho Bahri (empat dari kiri), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (paling kiri) dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kanan)
Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
ACO Teroka Bidang Dagang Emas
ASEAN Co-operative Organisation (ACO) telah melantik MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MAHSB) untuk mempromosi perniagaan emas bagi pihaknya dan pengedar emas, Quantum Metal (QM) Sdn. Bhd. di peringkat ASEAN. MyANGKASA menjadi syarikat pengurus projek bagi dagangan antara dua entiti yang menggunakan emas sebagai perantara, selepas kedua belah pihak mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan. Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama tiga pihak yang menggunakan emas sebagai perantara transaksi itu adalah berdasarkan kepada kekuatan pasaran, sekaligus dapat menggerakkan perniagaan koperasi-koperasi mikro sekitar 250,000 buah di ASEAN. Beliau berucap pada Majlis Memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) antara ACO dan QM yang berlang- sung di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, baru-baru ini.
Untuk melancarkan lagi projek, satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi memastikan jaminan urus niaga tersebut mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan ACO dan QM. “Sistem transaksi emas membolehkan pembeli mengetahui nilai emas di pasaran dan sentiasa dikemaskini,” tambah beliau. Pemilihan QM adalah berdasarkan kepada reputasi syarikat pengedar emas tersebut yang kukuh dan diyakini pelanggan. Beliau yang juga Presiden ANGKASA berharap agar kerjasama tersebut dapat meningkatkan pelaburan melalui perdagangan emas sebagai aset dalam kalangan koperasi di ASEAN yang dihuni lebih 60 juta koperator. Sebagai rekod, QM adalah pengeluar emas terkemuka di Malaysia dan pengedar eksklusif pingat emas rasmi Australia iaitu Perth Mint di Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Eksekutif QM, Datuk Dr KS Lim, Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri, Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail serta Setiausaha Agung ACO, Datuk Paduka Hanapi Suliman.
48 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease