Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

KERAJAAN JOHOR SOKONG RANCANGAN PEMBANGUNAN HARTANAH BERCAMPUR KPMNJ KPMN J KOPERASI PERMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR BERHAD

Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) baru-baru ini telah melakukan Kunjungan Hormat bertemu Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, bertempat di Pejabat Menteri Besar Johor.

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Mohamed Khaled ketika kunjungan hormat berkenaan.

Kunjungan berkenaan diketuai Pengerusi KPMNJ merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Puan Hajah Rabeah Shaikh Mohamed (Setiausaha), Anggota Lembaga KPMNJ dan pengurusan koperasi. Menerusi kunjungan tersebut, KPMNJ telah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan sokongan daripada Menteri Besar Johor berhubung cadangan Projek Pembangunan Hartanah Bercampur KPMNJ di Mukim Pulai, Johor yang dianggarkan seluas 10,000 meter persegi. Dalam kunjungan tersebut, Dato’ Mohamed Khaled juga telah diberi penerangan tentang cadangan pembangunan tersebut yang disampaikan oleh juru perunding lantikan KPMNJ. Projek yang akan dibangunkan dalam masa terdekat itu melibatkan pembinaan

pangsapuri, hotel, ruang perniagaan, bangunan ‘soho’, ruang pejabat dan dewan konvensyen yang mampu menampung kapasiti yang besar. Dalam perbincangan tersebut, Dato’ Mohamed Khaled memberikan respon positif berhubung cadangan pembangunan berkenaan dan menyokong perkara tersebut bagi memberi peluang kepada KPMNJ yang dianggotai oleh lebih 8,000 anggota untuk memajukan hartanah komersil di Bandaraya Johor Bahru.

50 PELANCAR Februari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease