Oleh : RAHMAT MOHD DID
Satu sesi kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad telah diadakan baru-baru ini yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Beliau yang diiringi Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Haji Azmi Omaruddin serta pengurusan tertinggi ANGKASA telah disambut oleh Setiausaha koperasi, Dato’ Zulkapli Ahmad dan Bendahari, Dato’ Nerita Yaacob. Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif KUNJUNG HORMAT ANGKASA KE KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD
ANGKASA untuk meninjau perkembangan koperasi ahli. Menerusinya juga, kedua-dua belah pihak turut mengadakan perbincangan tentang aktiviti
dan peluang kerjasama selain turut menyentuh
tentang usaha yang boleh dilakukan secara bersama bagi mengukuhkan lagi sosioekonomi anggota melalui gerakan koperasi.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) ketika sesi perbincangan bersama Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, Tan Sri Hussin Haji Ismail (empat dari kanan). Turut sama ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (empat dari kiri) dan Haji Mohamad Azmi Omaruddin (dua dari kanan) dan Setiausaha Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, Dato’ Zulkapli Ahmad (kiri sekali).
» Bergambar bersama Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, Tan Sri Hussin Haji Ismail (duduk, dua dari kiri).
Februari 2018 PELANCAR
51
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease