Oleh : RAHMAT MOHD DID CPOS MUDAHKAN URUSAN PERNIAGAAN KOPERASI Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS) memperkenalkan perkhidmatan baharu mereka iaitu Cooperative Point of Sale (CPOS) yang berasaskan storan awan (cloud) untuk kecekapan transaksi perniagaan.
Perkhidmatan yang telah dibangunkan selama setahun tersebut diperkenalkan kepada ANGKASA melalui satu pertemuan bersama Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri, baru-baru ini. Penasihat Komersial KOPONAS, Encik Zaini Yahman berkata, dengan CPOS, koperasi yang berasaskan peruncitan dan perniagaan komersial mampu meningkatkan kecekapan pengurusan kedai dan menjimatkan kos operasi. “CPOS boleh digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan seperti kedai serbaneka, kedai koperasi, kedai buku koperasi, farmasi, spa, butik, restoran, kedai haiwan peliharaan, kiosk, bengkel kenderaan dan banyak lagi. “Antara ciri utama CPOS adalah seperti membolehkan capaian data pada bila- bila masa dan di mana jua dengan selamat. Semua transasksi akan melalui proses penyulitan ( encrypted ) bagi menjamin keselamatan data pengguna, laporan jualan, prestasi produk, stok dan pembekalan dalam masa nyata (real-time) pada bila-bila
52 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease