» Dato’ Ir Haji Ghazali Omar (paling kanan) mempengerusikan Mesyuarat Agung.
» Sebahagian daripada anggota KKM Bukit Indah yang hadir.
» Dato’ Ir Haji Ghazali Omar, Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Bukit Indah Ampang Berhad.
» Sesi sidang media. Dari kanan Dato’ Ir Haji Ghazali Omar, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Encik Zainal Rashid Zakaria.
Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
ANGKASA akan memperkenalkan konsep Koperasi Kariah Masjid (KKM) di peringkat global pula bagi dijadikan sebagai contoh kepada koperasi di negara- negara luar sepertimana yang dilaksanakan di Cambodia. PERKENAL KONSEP KOPERASI KARIAH MASJID KE PERINGKAT GLOBAL
Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, usaha itu dibuat bagi meluaskan peranan gerakan koperasi dalam pembangunan sosioekonomi anggotanya serta mengembangkan ekonomi ummah, sosial dan budaya umat Islam di peringkat global. Katanya, kerjasama tersebut akan meningkatkan lagi pencapaian dalam pembangunan ekonomi serantau, selain dapat memberi dimensi baru kepada umat Islam di negara-negara tersebut. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kali Ke-2 Koperasi Kariah Masjid (KKM) Bukit Indah Ampang Berhad, baru-baru ini di perkarangan kawasan masjid itu. Tambahnya, masjid berperanan sebagai platform dalam menyatupadukan ummah, selain menjadi tempat beribadah. Justeru, Konsortium Koperasi Kariah Masjid (KONSORMAS) yang ditubuhkan sejak bulan Ogos tahun 2017, menggabungkan KKM dalam menjayakan pembangunan koperasi dari segi ekonomi, sosial dan budaya. Penubuhan KONSORMAS diharap dapat merangsang masyarakat untuk menggunakan KKM sebagai tempat
mengumpul sumber dan kekuatan seperti modal dalam sesuatu kariah, mengumpul kepakaran, menyediakan produk halal dan mewujudkan rangkaian perniagaan seperti pasaraya selain mengawal rantaian perniagaan. KKM turut digalakkan supaya menjalankan perniagaan yang berimpak besar untuk meningkatkan lagi perolehan yang seterusnya menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Terdahulu, Pengerusi KKM Bukit Indah, Dato’ Ir Haji Ghazali Omar berkata, banyak perniagaan boleh dijalankan oleh koperasi, di samping dapat membantu komuniti sekitar. Antaranya adalah seperti menubuhkan pusat mencuci kenderaan dan mendirikan kiosk-kiosk di sekitar kawasan Ampang. Beliau percaya, KKM Bukit Indah juga berpotensi untuk berjaya, sebagaimana KKM lain antaranya di Bertam, Pulau Pinang dan KKM Hidayah di Lembah Klang yang berjaya menjalankan perniagaan hotel dan kiosk. Turut hadir ialah Timbalan Nazir Masjid Bukit Indah, Ampang, Encik Zainal Rashid Zakaria. Seramai lebih 30 anggota koperasi hadir pada mesyuarat kali ini.
54 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease