Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Hasrat murni Koperasi Usahawan Muslimat Kuala Lumpur Berhad (KOUSA) dalam usahanya untuk membantu menaikkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat menerusi konsep kerjasama perniagaan berjaya memperlihatkan hasil yang positif. Mula didaftar di Kuala Lumpur pada 9 April 2013, KOUSA yang memiliki keanggotaan seramai 200 orang wanita itu telah mengambil inisiatif untuk memindahkan operasinya ke Kuala Sg. Baru, Melaka pada Februari 2015. Berpegang dengan matlamat utama koperasi untuk membantu memartabatkan keusahawanan menerusi pendekatan koperasi, KOUSA membuka peluang kepada penduduk sekitar Alor Gajah dan kawasan-kawasan terdekat yang memiliki tanah seluas 18 x 20 kaki atau 20 x 30 kaki untuk membangunkan sebuah bengkel dengan kos antara RM45 ribu hingga RM50 ribu. KERJASAMA PERNIAGAAN BANTU KEMBANGKAN EKONOMI Koperasi Usahawan Muslimat Kuala Lumpur Berhad

» Haji Mutadho Bahri dan Pengerusi JPAN Melaka, Haji Muslim Md. Shah (kanan) meninjau mesin- mesin pemprosesan makanan yang terdapat di Pusat pemprosesan bakeri dan kek milik KOUSA.

memastikan operasi yang dijalankan mengikut garis panduan kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan. “Setakat ini,

HAJI MUSLIM MD. SHAH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Melaka

KOUSA telah berjaya membangunkan lapan

bengkel yang mengeluarkan produk makanan berbeza untuk dipasarkan oleh KOUSA. Jumlah tersebut dijangka akan meningkat kepada 10 dalam sedikit masa lagi,” ujar beliau kepada PELANCAR.

Bengkel tersebut akan dijadikan sebagai pusat pengeluaran produk-produk makanan berdasarkan perjanjian kerjasama antara pengusaha dengan koperasi dan produk tersebut akan dipasarkan oleh KOUSA ke seluruh negara. Menurut Pengerusi KOUSA,

Puan Rosnah Ismail, KOUSA akan terus membantu usahawan bengkel yang terlibat untuk memperoleh persijilan halal JAKIM selain sentiasa

» Antara produk makanan keluaran usahawan bengkel yang dijual oleh KOUSA.

» Puan Rosnah Ismail, Pengerusi KOUSA.

Februari 2018 PELANCAR

55

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease