Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

Antara produk yang dibekalkan adalah seperti daging kambing perap, dodol, santan, sambal ikan bilis, kuih kapit, fucuk, ayam kampung sejuk beku, belacan , kerisik, kuih bahulu, kuih bangkit, popiah simpul, kuih bakar, dan lain-lain. Selain memasarkan produk- produk tersebut, KOUSA juga turut membuka kedai kek dan bakeri, kedai jahit serta sebuah kafe. Koperasi tersebut juga turut menjalankan aktiviti seperti kelas membuat kek dan pastri serta kelas jahitan.

» Dodol, Kuih Pau, Baulu Kemboja dan Nasi Lemak antara menu yang dijual di kafe KOUSA.

» Coconut Shake : Produk jualan paling popular.

Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad TERAP BUDAYA BERMASYARAKAT MENERUSI PENGANJURAN AKTIVITI

Sesi tinjauan koperasi diteruskan ke Taman Rekreasi D’baruh di Kampung Lendu Hilir, Alor Gajah, Melaka yang diuruskan oleh Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad (Kocheme). Ditubuhkan pada 19 Februari 2010 dengan keanggotaan seramai 25 orang, Kocheme menjadikan tanah asal milik salah seorang anggotanya seluas tiga ekar (14,074 meter persegi) untuk membangunkan sebuah pusat rekreasi sebagai aktiviti perniagaan utamanya. Menurut Pengerusi Kocheme iaitu Hajah Junaidah Ibrahim, tanah tersebut yang dahulunya sebuah dusun dan sawah padi mula dibangunkan pada tahun 2009 setelah mendapat kelulusan kerajaan setahun sebelumnya untuk menukarkan status tanah pertanian kepada bangunan pusat sukan, rekreasi dan homestay pelancongan. Bertepatan dengan misi untuk menjadikan Kocheme sebagai koperasi keluarga yang terunggul, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) telah bersepakat untuk fokus kepada aktiviti berteraskan pelancongan eko, sesuai dengan landskap persekitaran.

» Hajah Junaidah Ibrahim, Pengerusi Kocheme.

56 PELANCAR Februari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease