Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

Katanya, Taman Rekreasi D’baruh kini giat menjalankan aktiviti seperti pelancongan pendidikan, kem motivasi, kursus kepimpinan dan kursus asas perkhemahan selain turut menyediakan tapak perkhemahan yang boleh memuatkan sehingga 200 buah khemah dalam satu-satu masa. “Kocheme juga turut menganjurkan program khemah ibadah yang merupakan aktiviti tahunan. Menerusinya, pelbagai pengisian dimasukkan seperti ceramah dan sebagainya. “Kami juga turut berterima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang telah menghulurkan bantuan Geran Pembangunan Koperasi untuk membina ‘ flying fox ’ dan kemudahan- kemudahan lain di taman rekreasi ini,” jelas beliau. Menariknya, pendekatan perniagaan yang dijalankan koperasi tersebut turut memberi kesan positif kepada penduduk setempat khususnya peluang dari segi ekonomi. Kehadiran ramai pelancong dan peserta luar sedikit sebanyak membantu melonjakkan ekonomi penduduk sekeliling seperti jualan produk-produk hasilan tempatan, sewa rumah dan sebagainya. Selain Taman Rekreasi D’baruh, Kocheme juga turut menjalankan perniagaan kedai serbaneka dan ejen perkhidmatan pelancongan. Kocheme juga turut merancang untuk meningkatkan prasarana taman rekreasi tersebut seperti membina sebuah bangunan asrama tiga tingkat yang boleh memuatkan sehingga 240 orang, tujuh unit kabin yang lengkap dengan bilik, dapur dan bilik air serta sebuah dewan makan yang boleh memuatkan sehingga 500 orang.

» Haji Mutadho Bahri (empat dari kiri) dan Pengerusi JPAN Melaka, Haji Muslim Md. Shah (lima dari kanan) bergambar bersama barisan ALK Kocheme.

Februari 2018 PELANCAR

57

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease