WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2025

INFO SEMASA

6

Wadah

SEPTEMBER 2025

MoU ANGKASA-SPRM: Usaha Perangi Rasuah, Perkukuh Integriti dan Tadbir Urus Baik dalam Gerakan Koperasi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Jusoh (dua dari kanan) dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' TKPj Azmi Kamaruzaman (dua dari kiri) menunjukkan dokumen MoU yang ditandatangani sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kanan sekali) serta Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki (kiri sekali) di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 10 September 2025.

Oleh: WAN ADLINA WAN AB AZIZ

ANGKASA mengambil langkah proaktif memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) baharu bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh lima tahun sebagai tekad memastikan gerakan koperasi negara kekal utuh dengan tadbir urus baik berlandaskan nilai integriti yang tinggi. Usaha tersebut adalah selaras dengan komitmen ANGKASA terhadap usaha memerangi rasuah, memperkukuh integriti dan tadbir urus baik gerakan koperasi sebagai keutamaan kepada mewujudkan persekitaran budaya kerja yang telus dan bersih dalam setiap lapisan pengurusan. Majlis menandatangani MoU itu diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Jusoh dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' TKPj

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki (tengah) bergambar bersama tetamu jemputan dan peserta yang hadir pada Majlis Perasmian Forum Anti Rasuah Koperasi dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ANGKASA dan SPRM.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease