Wadah PELANCAR Edisi Februari 2018

produk minuman segera dan pra campuran seperti kopi, teh ( lemongrass ), barli, susu kambing, dan coklat ( choc malt ) selain produk penjagaan diri dan kosmetik seperti syampu, losyen, sabun mandian dan masker badan. KOPES memberi tumpuan kepada kualiti, perkhidmatan terbaik dan harga jualan yang berpatutan untuk memastikan kepuasan pelanggan. Katanya, sokongan dan bantuan yang dihulurkan oleh ANGKASA dan SIRIM, terutamanya selepas produk tehnya terpilih sebagai salah satu produk kumpulan ‘100 Product Champion’ amat dihargai. Produk tersebut kini sedang dalam fasa terakhir perbincangan sebelum mula dieksport ke Lanzhou, China sebanyak 11,500 kotak. Menurut beliau lagi, produk minuman tersebut sangat sesuai bagi penggemar minuman segera. Ia membantu menghilangkan keletihan, terutamanya bagi mereka yang

» Camellia & Lemongrass’, produk teh

Ali, seramai 50 orang anggota KOPES bekerja di kilang tersebut. Kebanyakan daripada mereka adalah penduduk di kawasan Chembong, Rembau dan Seremban. Katanya, sebanyak 180,000 buah kotak gigi juga telah dieksport ke Mesir dengan harga RM3.00 sekotak dan jumlah yang sama turut dijual hingga ke Senegal serta negara-negara di Afrika Barat. Pada tahun 2016, KOPES telah mengekspot produk ubat giginya ke French Guinea sebanyak 3,000 kotak. “Setakat 2017, produk ubat gigi tersebut sahaja telah menyumbang kepada perolehan koperasi sebanyak 35 peratus. Pada tahun sama juga, sebanyak 60,000 kotak ubat gigi ‘Zees Fresh Mint’ telah diekspot ke Myanmar. KOPES juga merancang untuk menambah ramuan aloe vera kepada produk ubat gigi dan menanam kopi hijau bagi menambah keluaran produknya,” ujar beliau. Selaras dengan visi KOPES untuk menjadi pengeluar dan peneraju utama ubat gigi halal di Malaysia. Koperasi tersebut juga turut komited untuk membantu mana-mana usahawan yang berminat untuk mengeluar dan menjual produk ubat gigi halal berjenama sendiri. Selain ubat gigi, KOPES juga turut membekalkan

keluaran KOPES yang tersenarai dalam ‘ 100 Product Champion’

memandu dan sering rasa mengantuk. Selain itu, minuman tersebut juga berkhasiat selain sedap diminum, sesuai untuk semua golongan. Apa yang lebih membanggakan, KOPES turut dilantik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Hub Halal bagi gerakan koperasi Negeri Sembilan, dalam usaha membantu koperasi meningkatkan taraf halal produk mereka. Koperasi juga katanya dialu-alukan untuk berkolaborasi dengan KOPES, iaitu berkongsi idea, menjalankan penyelidikan dan meneroka pemasaran. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :

Koperasi Perkasa Seremban Berhad Bangunan Terminal Chembong, Kawasan Perindustrian Chembong, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus 06-6852337.

Februari 2018 PELANCAR

59

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease