» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah mendengar penerangan pemilik Goheaz Spa yang juga Pengerusi Koperasi Kecantikan & Spa Terengganu Berhad, Puan Zaliha (kiri sekali)
» Dato’ Abdul Fattah dan rombongan ANGKASA bergambar bersama kakitangan Goheaz Spa pendedahan kepada anggota koperasi mempamerkan kemahiran mereka dalam perkhidmatan yang disediakan di samping membina dan mewujudkan jaringan perniagaan dalam kalangan mereka yang berminat. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam satu kunjungan bersama rombongan ANGKASA ke spa berkenaan baru-baru ini, melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Koperasi Kecantikan & Spa Terengganu Berhad tersebut. Katanya, dengan kewujudan koperasi yang berada di bawah jaringan CoopSpa ANGKASA, ia dapat membuka peluang kepada koperasi yang terlibat dalam membina kerjasama selain mengembangkan aktiviti perniagaan koperasi. “Penjenamaan CoopSpa mampu mewujudkan koloborasi kerjasama yang padu antara koperasi-koperasi spa. Ini bermakna koperasi tidak perlu menguruskan perniagaan atau aktiviti-aktiviti koperasi secara berasingan atau secara sendiri-sendiri,” katanya. Menurut beliau lagi, kaedah perniagaan koperasi perlu berubah mengikut persekitaran semasa. Sudah tiba masanya koperasi mengubah persepsi dengan bertindak sebagai perintis dalam perniagaan dan bukan lagi sebagai pengikut dalam dunia persaingan yang semakin mencabar. Turut hadir dalam kunjungan berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu, Haji Mohamed Yusoff.
» Sijil-sijil pengiktirafan berkaitan latihan dan kemahiran yang diperoleh Koperasi Kecantikan & Spa Terengganu Berhad
“Penubuhan koperasi juga bermatlamat untuk melahirkan anggota yang berilmu, berkemahiran dan profesional dalam pengurusan spa sekaligus dapat mewujudkan spa yang berkualiti mengikut kehendak industri spa Melayu di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi muda,” katanya yang turut memiliki cawangan perniagaan spa di Galeri Gerbang Pelancongan berhadapan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Puan Zaliha berkata, dalam usaha memperkenalkan koperasi kepada orang ramai, koperasi juga sering mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam penyertaan pameran anjuran pihak kerajaan dan swasta dari semasa ke semasa. Ia bertujuan untuk memberi
Februari 2018 PELANCAR
61
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease