INFO SEMASA
7
Wadah
SEPTEMBER 2025
Azmi Kamaruzaman sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah serta Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 10 September 2025. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Rozdeen Mohd Jaafar, Pengarah Pentadbiran Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Puan Nor Azila Md. Tauhid dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, TPj Rasidah Abdul Karim. Kerjasama strategik antara ANGKASA dengan SPRM itu adalah kesinambungan kepada MoU terdahulu yang telah ditandatangani pada 17 Julai 2017, iaitu memberi fokus kepada usaha memperkukuh serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam memerangi rasuah serta pemerkasaan integriti melalui pelbagai program anjuran bersama, sekali gus berjaya memberikan impak positif terhadap komitmen warga koperasi dalam menolak rasuah. Skop kerjasama MoU baharu yang disepakati tersebut merangkumi perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam aspek akademik, latihan, penyelidikan dan penerbitan ke arah meningkatkan kapasiti dan kemampuan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dalam membanteras jenayah rasuah secara berkesan.
Forum Antirasuah Koperasi bertajuk 'Pengurusan Dana Awam' menampilkan dua panelis iaitu Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk TPj Ahmad Nizam Ismail (tengah) dan Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (kanan sekali) yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) Kumpulan ANGKASA, Haji Zaharudin Alias.
Selain itu, kedua-dua pihak juga berhasrat untuk mewujudkan persefahaman secara menyeluruh dan berkesan di peringkat nasional dan antarabangsa melalui jalinan kerjasama yang kukuh. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa MoU yang disepakati itu bukan sekadar dokumen perundangan, malah manifestasi iltizam dan tanggungjawab moral
dalam setiap tindakan supaya gerakan koperasi sifar rasuah dapat direalisasikan. Terdahulu, Forum Antirasuah Koperasi bertajuk 'Pengurusan Dana Awam' telah berlangsung menampilkan dua panel iaitu Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk TPj Ahmad Nizam Ismail dan Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) Kumpulan ANGKASA, Haji Zaharudin Alias. Turut diadakan ialah Pocket Talk : Pengurusan Dana Infaq yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir terdiri daripada Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato' Haji Kamarudin Ismail. Selain itu, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengerusi JAD Kumpulan ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad.
kedua-dua pihak untuk menjadikan sektor koperasi di negara ini sebagai contoh unggul dalam tata kelola, integriti dan mendukung Malaysia sebagai sebuah negara bebas rasuah. Beliau memuji dan menjunjung tinggi komitmen ANGKASA dalam usaha berterusan mencegah rasuah dan pecah amanah dalam gerakan koperasi dan beliau mengakui ANGKASA sebagai rakan strategik yang sangat penting dalam memperjuangkan agenda antirasuah secara menyeluruh. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyatakan keyakinannya terhadap kerjasama erat kedua-dua pihak akan terus menjadi pemangkin kepada usaha mengangkat integriti sebagai asas utama
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya menyampaikan taklimat dalam sesi Pocket Talk : Pengurusan Dana Infaq.
Tan Sri Dato' Sri Haji Azam (tengah) dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama barisan kepimpinan tertinggi SPRM dan ANGKASA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease