» Sesi interaktif bersama Menteri KPDNKK dan Menteri KPM dengan pengetua-pengetua sekolah.
Sementara itu, dalam sesi interaktif, beliau bersama Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), Dato’ Seri Mahdzir Khalid berpeluang untuk berkomunikasi secara langsung dengan pengetua-pengetua sekolah yang hadir melalui perkongsian idea dan maklumat tentang gerakan koperasi sekolah serta dunia pendidikan negara. Peserta juga turut berpeluang mengutarakan pertanyaan, pandangan dan pendapat masing-masing ke arah memajukan dunia pendidikan melalui gerakan koperasi negara dalam satu sesi yang dikendalikan oleh moderator selebriti, Fizo Omar. Seminar Transformasi Koperasi Sekolah 2018 anjuran SKM bermatlamat untuk menjadi platform perkongsian maklumat dan perkongsian pandangan bersama pemimpin bagi membincangkan isu-isu semasa di samping memberi kefahaman mengenai konsep dan peranan yang boleh dimainkan oleh Pengerusi Koperasi Sekolah dalam memajukan gerakan koperasi sekolah. Penganjuran seminar itu juga berperanan dalam merealisasikan agenda ko-kurikulum melalui koperasi sekolah agar menjadi lebih mantap pada masa hadapan sekaligus meningkatkan imej kecemerlangan melalui penglibatan aktif dalam koperasi. Sementara itu, Dato’ Seri Mahdzir Khalid dalam ucapannya berkata, kolaborasi antara KPDNKK dan KPM merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang terkandung dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang antara lain memfokuskan elemen pelaksanaan secara lebih pantas bagi membolehkan penyampaian projek serta perkhidmatan dapat memberi manfaat kepada rakyat. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri KPDNKK, Dato’ Henry Sum Agong; Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Sri Jamil Salleh;
6 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease