MuatTurun Aplikasi Mudah Alih
PERCUMA di
OKTOBER 2019 JILID: WP01 / 7 Kertas Kitar Semula Amanat Perdana Menteri ANGKASACoop www.angkasa.coop RM1.00
Sempena
Gerakan koperasi di Malaysia telah mampu membantu Kerajaan melaksana pelbagai program untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama. Di peringkat global, penglibatan koperasi mampu menangani kos sara hidup penduduk di mana mereka boleh menyediakan bekalan tenaga elektrik kepada komuniti dengan kadar tarif ditentukan oleh anggota. Contohnya, 900 koperasi bergabung mewujudkan Americas’ Electric Cooperative seterusnya menguasai sebanyak 56% pengguna di Amerika Syarikat. Koperasi ini telah menyumbang sebanyak US$391 bilion daripada keseluruhan industri elektrik di Amerika Syarikat. Dengan kekuatan gerakan koperasi di Malaysia yang telah mencecah angka 14,237 dengan keanggotaan seramai 6.1 juta orang, koperasi boleh bergabung dan menceburi bidang baharu dan mengembangkan aktiviti sedia ada untuk menguasai pasaran yang lebih luas. Sumbangan koperasi bukanlah semata-mata mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi perlu juga dilihat dari aspek peningkatan kuasa beli rakyat yang membawa kepada kemakmuran bersama ( shared prosperity ). Dalam konteks berkoperasi, kuasa yang ada di tangan kita adalah dalam menentukan harga patut dengan kualiti dan jaminan penggunaan.
» YAB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD Perdana Menteri B ersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kehendak-Nya kita dapat sama-sama berkumpul di “Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Gerakan Koperasi sempena 100 tahun pada 2022”.
Sama Jimat Cermat dan Pinjam Wang Pekerja- Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad di Taiping, Perak. Jika dilihat dari segi asas penubuhan koperasi itu sendiri, ia melibatkan sekumpulan individu bergabung secara sukarela untuk membantu diri sendiri ( self-help ) dan menetapkan matlamat bersama koperasi tersebut. Tema bagi majlis ini adalah ‘Koperasi Pemacu Keusahawanan Negara’. Ia bersesuaian dengan sejarah perjalanan berliku sektor koperasi yang hari ini telah berjaya berperanan sebagai salah satu peneraju utama dalam menjana pertumbuhan sosioekonomi negara.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan agensinya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia kerana berjaya menghimpunkan ribuan anggota koperasi dari seluruh negara. Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana sudi menjadi tuan rumah untuk acara ini. Gerakan koperasi di Malaysia telah bermula sejak tahun 1922 dengan penubuhan koperasi pertama di Malaysia iaitu Syarikat Bekerjasama-
bersambung di muka surat 2
PENGIRAAN DETIK PELANCARAN HALA TUJU KOPERASI SELEPAS 100 TAHUN
2
Sebagai contoh di Jepun, Japanese Consumer Co-operative Union (JCCU) merupakan gabungan 320 koperasi pengguna dan dianggotai oleh 29 juta anggota. Mereka bukan sekadar menguasai segmen pasaran dengan membekalkan barangan keperluan harian tetapi mampu menawarkan persekitaran yang lestari kepada komuniti setempat. Selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030, koperasi merupakan antara platform keusahawanan yang penting bagi pembangunan ekonomi negara. Koperasi merupakan salah satu model keusahawanan sosial yang tidak menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama sebaliknya memberi manfaat dan kesejahteraan kepada anggota dan masyarakat. Selain itu, koperasi perlu menguasai sistem rantaian nilai yang mantap dan ekosistem yang kondusif. Ini boleh dilakukan sekiranya koperasi melibatkan diri secara terus dalam aktiviti pembuatan, pembekalan, pengedaran dan perkhidmatan logistik. Gerakan Koperasi sebenarnya boleh memainkan peranan besar dalam membantu golongan B40 di bandar dan juga luar bandar bagi menangani peningkatan kos sara hidup. Bagi tujuan itu, saya mengalu- alukan pelaksanaan program Barang Asas 100 (BA 100), anjuran bersama Kementerian Pembangunan
Usahawan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dalam sektor pemborongan dan peruncitan seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2019 baru-baru ini. BA 100 merupakan program berteraskan e-dagang, yang akan mengumpulkan belian barang asas secara pukal mengikut permintaan ( demand-driven ) oleh lebih kurang 3,000 koperasi runcit di seluruh negara. Saya juga mengalu-alukan inisiatif baharu Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk meng- gabungkan koperasi utama dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan dengan menubuhkan koperasi peringkat menengah iaitu Gabungan Angkatan Koperasi Borong dan Runcit atau singkatannya AKRAB. AKRAB berperanan sebagai pelengkap dalam co-operative linkages yang akan membolehkan koperasi menguasai keseluruhan rantaian pengedaran yang efektif khususnya dalam usaha mengurangkan harga barangan melalui pembelian secara pukal dan kemudahan pengedaran yang efisien. Inisiatif ini perlu diperkukuh dan diperluaskan lagi melalui jaringan e-Coop Trade Centre yang dapat mengurangkan peranan dan penglibatan orang tengah, sekaligus berupaya menstabilkan harga barangan keperluan di pasaran.
Setiap usaha yang digerakkan mampu menjanjikan kejayaan sekiranya anggota koperasi dapat bersama-sama dan bersemangat tinggi untuk mencari jalan bagi membantu meningkatkan pencapaian koperasi. Pelbagai kaedah dan sokongan boleh disumbangkan melalui pendekatan ekonomi seperti membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan koperasi di pasaran domestik sehingga ke peringkat global. Koperasi Malaysia, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dan gerakan koperasi khususnya dalam membantu pertumbuhan ekonomi negara. Saya berharap sambutan hari ini akan menjadi titik permulaan untuk gerakan koperasi kita dikenali di peringkat global. Dengan lafaz Bismillahhir- ahmanirahim saya dengan ini merasmikan “Majlis Amanat Bersesuaian dengan cabaran ekonomi digital berikutan Revolusi Industri 4.0, gerakan koperasi perlu mengorak langkah dengan lebih agresif untuk merebut dan menguasai pasaran global melalui platform e-Coop Trade Centre. Sudah tiba masanya kita membuat anjakan paradigma supaya kita tidak berada di takuk sedia ada dan berupaya bersaing dalam era Industri 4.0. Berdasarkan sumbangan besar koperasi terhadap sosioekonomi negara dan kesejahteraan rakyat, saya berpendapat Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dan agensinya termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia, perlu bertindak secara proaktif dalam merancang pembangunan koperasi di negara ini. Kerajaan mengiktiraf semua pihak yang terlibat dalam gerakan koperasi termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut
Perdana Menteri bersama Gerakan Koperasi sempena 100 tahun pada 2022”. Sekian, terima kasih.
Dari Meja Presiden ANGKASA
S ejarah penubuhan koperasi di negara ini yang bermula dengan hanya 11 buah koperasi pada tahun 1922 semakin berkembang sehingga mencecah angka melebihi 14 ribu buah koperasi pada tahun ini. Perkembangan ini membuktikan bahawa peralihan sosioekonomi hampir seabad yang lalu tidak sedikitpun menenggelamkan kepentingan prinsip serta falsafah perjuangan koperasi terhadap rakyat.
Sokongan dan bantuan yang sentiasa diberikan oleh kerajaan juga turut membuktikan bahawa peranan dan sumbangan yang boleh dimanfaatkan melalui koperasi masih kekal relevan dan diyakini mampu meningkatkan taraf sosioekonomi anggota serta masyarakat. Kelestarian sosioekonomi koperasi menjelang usia 100 tahun penubuhannya iaitu pada tahun 2022 sebenarnya mampu dicapai menerusi pelbagai inisiatif baharu selain kerjasama yang lebih komprehensif dan bersepadu.
Sudah tiba masanya setiap anggota koperasi memainkan peranan secara lebin proaktif dan tunjukkan kekuatan serta kebolehan sebagai koperator alaf baharu.
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
PENGIRAAN DETIK PELANCARAN HALA TUJU KOPERASI SELEPAS 100 TAHUN
3
Koperasi Wadah Keusahawanan Negara Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
G erakan koperasi berperanan sebagai satu wadah keusahawanan yang dapat memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat serta mencapai kemakmuran bersama. Menteri Pembangunan Usahawan (MED), YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berkata, pencapaian dan peranan yang dimainkan oleh Gerakan Koperasi dalam memacu pembangunan sosioekonomi negara secara inklusif perlu diperkasakan kerana ia berupaya menjadikan negara ini terus kukuh dan teguh dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Katanya, kekuatan yang ada dalam sesebuah koperasi adalah manifestasi konsep kerjasama yang menjadi tunjang penyatuan rakyat pelbagai kaum merentasi sempadan agama, keturunan dan perbezaan ideologi. “MED telah diberikan mandat untuk meneraju usaha mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik, kondusif dan inklusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara. “Dasar Keusahawanan Negara (DKN) yang dilancarkan YAB Tun Mahathir Mohamad pada 11 Julai 2019 lalu merupakan strategi jangka panjang negara dengan menggariskan enam (6) Teras Strategik berpandukan perkembangan global, pencapaian terkini keusahawanan serta isu dan cabaran semasa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Amanat YAB Perdana Menteri Bersama Gerakan Koperasi Sempena
» Tun Mahathir Mohamad merasmikan ‘Countdown Hala Tuju Koperasi Selepas 100 Tahun’. Turut berada di pentas ialah Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nordin Salleh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.
» Kira-kira 25 ribu koperator dari seluruh negara hadir dalam program yang berlangsung di Cyberjaya.
memperkemaskan fungsi dan peranan semua pihak seperti SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKM) dan ANGKASA. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKM), Datuk Ariffin Mamat; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dr. Mohd Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof Madya Dato’ Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
» Sidang media oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof.
Gerakan Koperasi di Malaysia. Katanya lagi, kapasiti dan keupayaan koperasi dalam sektor ekonomi utama akan ditingkatkan melalui perluasan akses kepada program, bantuan dan peluang perniagaan setara dengan syarikat-syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) di negara ini. Sehubungan itu, MED akan berusaha mentransformasi landskap ekosistem koperasi dengan
‘Countdown Hala Tuju Koperasi Selepas 100 Tahun’ anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertempat di Tamarind Square, Cyberjaya, 21 September lalu. Majlis bertemakan “Koperasi Memacu Keusahawanan Negara” itu menyaksikan kehadiran hampir 25 ribu koperator dari seluruh negara yang berhimpun bagi menyatakan sokongan padu terhadap
PENGIRAAN DETIK PELANCARAN HALA TUJU KOPERASI SELEPAS 100 TAHUN
4
Gabung Koperasi Perkuat Ekonomi Oleh : RAHMAT MOHD DID
K operasi di Malaysia mampu menjadi penyumbang berkesan kepada pembangunan ekonomi negara seterusnya dapat membantu menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat. Sasaran tersebut mampu tercapai sekiranya setiap anggota koperasi mempunyai kesedaran dan inisiatif untuk memanfaatkan peluang yang disediakan termasuk mewujudkan pelan perniagaan yang mapan demi kemakmuran bersama. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah sewaktu bercakap kepada media di Cyberjaya berkata, koperasi tidak boleh lagi sekadar menjadi penonton dan hanya mengharapkan bantuan untuk bergerak. Mereka perlu lebih proaktif selaras dengan usaha kerajaan yang mahu melihat sektor ketiga negara ini berkembang dan mampu mencapai matlamat kelestarian sosioekonomi rakyat. “Salah satu cara mudah untuk koperasi menjadi lebih kuat dan berkembang lebih maju adalah melalui penggabungan ataupun konsortium. “ANGKASA mengalu-alukan inisiatif baharu SKM yang menggabungkan koperasi utama dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan dengan menubuhkan koperasi peringkat menengah iaitu Gabungan Angkatan Koperasi Borong dan Runcit (AKRAB),” katanya. Menurut beliau, ANGKASA sendiri melalui kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dan SKM telah melaksanakan Program Barang Asas 100 (BA 100) yang berteraskan e-dagang yang mengumpulkan belian barang asas secara pukal mengukut permintaan pengguna. Dato’ Abdul Fattah juga turut menyambut baik usaha MED yang akan meminda Akta Koperasi 1993 demi memperkasa keupayaan
» Dato’ Abdul Fattah dan Prof Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman ketika Melawat gerai pameran Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad di Coop Trade Center.
» Datuk Seri Mohd Redzuan ketika melawat gerai-gerai pameran.
» Suasana gerai pameran di Coop Trade Centre, Tamarind Square, Cyberjaya.
koperasi dalam sektor ekonomi utama melalui perluasan akses kepada program, bantuan dan
peluang perniagaan setara dengan syarikat perusahaan kecil dan sederhana di negara ini.
» Melawat Pusat Perkembangan Awal Kanak-kanak Ihana Garten dan Pusat Transit Ihana Enrich di Tamarind Square, Cyberjaya milik KOPUTRA. Turut sama ialah Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias (duduk kiri).
Di majlis yang sama, Dato’ Abdul Fattah turut melawat Pusat Perkembangan Awal Kanak-kanak Ihana Garten dan Pusat Transit Ihana Enrich di Tamarind Square, Cyberjaya milik Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Berhad (KOPUTRA). Ihana Garten yang mula beroperasi pada Julai
2019 mensasarkan pendaftaran seramai 50 orang kanak-kanak sehingga pertengahan 2020. Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias berkata, KOPUTRA berhasrat untuk membuka sekurang-kurangnya enam lagi cawangan Ihana Garten dan Pusat Transit Enrich menjelang tahun 2023 dan turut menawarkan perkhidmatan
konsultasi kepada mana-mana individu dan koperasi yang berminat untuk membangunkan perniagaan Pusat Perkembangan Awal Kanak- Kanak. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
5
ANGKASA
Bangunan ANGKASA Negeri Perkasa Gerakan Koperasi
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Bangunan ANGKASA Negeri Kedah.
P eranan ANGKASA sebagai badan Apeks gerakan koperasi di negara ini mampu menjadi lebih efektif dan cekap melalui pemilikan bangunan sendiri di setiap negeri. Menteri Besar Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, inisiatif memperkasa sektor-sektor koperasi juga akan dapat dipertingkat melalui usaha-usaha yang dijalankan di samping mampu jadi pusat perhubungan secara langsung antara koperasi dan ANGKASA. “Saya percaya usaha ini berjaya menjadi ‘jambatan’ menghubungkan Pusat dengan negeri dan koperasi dengan ANGKASA. Pada masa sama dapat meningkatkan mutu perkhidmatan terbaik ANGKASA kepada koperasi dan menjadi pemangkin kepada perkembangan dan pembangunan gerakan koperasi di negara ini,” ujarnya. Selain menyatakan rasa kagum dan berpuas hati di atas pencapaian
gerakan khususnya di Kedah dalam membantu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat, beliau juga berharap agar impak kecemerlangan itu dapat diteruskan menerusi penglibatan aktif ANGKASA bersama agensi- agensi lain yang terlibat. Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz koperasi berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Perasmian Bangunan ANGKASA Negeri Kedah Darul Aman pada 10 September 2019 di Jalan Kota, Alor Setar. Kehadiran beliau seawal 8.30 pagi itu telah disambut oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah, Puan Norliza Nayan dan Pengerusi Koperasi Islam Pattani, Haji Zainal Abidin Haji Sulong.
» YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR Menteri Besar Kedah Darul Aman.
» Hadir sama Naib-Naib Presiden ANGKASA ialah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan ((empat dari kiri), Dr. Mohd Azlan Yahya (lima dari kanan), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (lima dari kiri), Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (tengah); Pengerusi JPAN Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri (tiga dari kiri); Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman (dua dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (empat dari kanan); Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin (tiga dari kanan) dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim.
» Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz diberi penerangan tentang fungsi dan tanggungjawab ANGKASA sebagai Badan Apeks Gerakan Koperasi di Malaysia oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah.
6
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Sektor Koperasi Jayakan SDG8 S ektor koperasi di seluruh dunia diyakini mampu menjadi contoh terbaik kepada sektor- Oleh : NADIAH KAMARUDIN untuk memastikan golongan tersebut memiliki peluang dan hak yang sama dengan kaum lelaki bagi menempatkan diri dalam dunia pekerjaan. Seramai 70 peserta dari 10 buah
meningkatkan sumbangan mereka terhadap SDGs secara lebih aktif dan agresif. Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, koperasi di seluruh dunia mempunyai sumbangan yang besar terhadap SDGs khususnya SDG kelapan iaitu menggalakkan
sektor yang lain dalam menjayakan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) kelapan iaitu Menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lestari dan inklusif serta pekerjaan yang baik dan produktif. Menurut Pengarah Serantau Perikatan Koperasi Antarabangsa – Asia Pasifik (ICA–AP), Mr. Balu Iyer, model perniagaan koperasi yang mengutamakan manusia sebelum keuntungan untuk kemakmuran bersama memberi kelebihan kepada sektor tersebut untuk menyediakan
negara hadir ke seminar tersebut yang dianjurkan oleh ICA-AP Malaysia Business Office dengan kerjasama ICA-AP Consumer Committee, Japanese Consumers Co-operative Union dan ANGKASA. Program ini juga turut menampilkan penceramah- penceramah jemputan yang terdiri daripada Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Anggota Lembaga Co-opbank Pertama, Datin Seri Paduka Dr. Hajah Jamilah Din dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Haji Ariffin Mamat. Koperasi-koperasi di rantau Asia Pasifik juga disarankan untuk
» Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Haji Ariffin Mamat
» Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer.
peluang pekerjaan yang berpusatkan manusia. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Seminar on SDGs8 Inclusive Development and Decent Work di Kuala Lumpur pada 4 hingga 6 September 2019. Menurut beliau, pekerjaan yang berpusatkan manusia mesti mempunyai kawalan demokratik dan mengutamakan perkembangan manusia dari sudut pertumbuhan fizikal, emosi, sosial dan intelektual. Koperasi juga merupakan medan terbaik untuk memperkasakan peranan wanita dalam industri pekerjaan, justeru lebih banyak pendekatan proaktif perlu diambil
» Anggota Lembaga Co-opbank Pertama, Datin Seri Paduka Dr. Hajah Jamilah Din.
» Delegasi turut bergambar kenangan bersama barisan kepimpinan National Land Finance Co-operative Society Limited (Koperasi NLFCS Berhad) selepas membuat lawatan ke ibu pejabat koperasi tersebut di ibu kota pada 5 September 2019. Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi NLFCS, Dato’ S. Kili Rathnaraj (lima dari kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi NLFCS, Encik N. Kathiresan (tiga dari kiri).
» Delegasi mengambil gambar kenangan bersama peserta.
7
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
dalam merealisasikan agenda kelestarian masih berada di tahap yang rendah. Justeru, ICA telah menyediakan satu platform untuk koperasi menyatakan ikrar mereka untuk membantu mencapai sasaran- sasaran yang telah digariskan di bawah empat tindakan utama iaitu melindungi alam sekitar, meningkatkan akses kepada
barangan dan perkhidmatan asas, membangunkan sistem makanan yang lebih lestari dan membasmi kemiskinan. Melaluinya, koperasi perlu mengumpul, mendokumen serta melaporkan kemajuan terhadap usaha-usaha yang telah digerakkan
untuk dipamerkan di laman web : www.coopsfor2030.coop. Koperasi yang mahu menyatakan ikrar mereka juga boleh melayari laman web tersebut.
» Penyelaras Strategik dan Statistik ICA-AP, Mr. Hyungsik Eum.
pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan yang baik. Beliau yang juga Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO) berkata, laporanolehPertubuhanBuruhAntarabangsa dan ICA yang menyatakan “lebih tiga juta koperasi di seluruh dunia adalah majikan kepada lebih 297 juta orang di dunia” jelas menunjukkan kemampuan koperasi dalam mewujudkan peluang pekerjaan. Bagaimanapun katanya, kesedaran masyarakat dunia terhadap usaha yang selama ini digembleng oleh sektor koperasi » Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
» Barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA bergambar kenangan bersama delegasi yang hadir.
Oleh : NADIAH KAMARUDIN MBO Perkukuh Kerjasama Perdagangan P embukaan Malaysia Business Office (MBO) oleh Perikatan Koperasi Antarabangsa – Asia
Pasifik (ICA–AP) sejak tahun 2014 telahmembukapelbagairuanguntuk koperasi-koperasi di rantau tersebut memperkukuhkan hubungan perdagangan dan meningkatkan kerjasama serantau melalui pelbagai program pembangunan koperasi. Menurut Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer, dalam jangka masa panjang, MBO perlu meluaskan fungsi penubuhannya dan menetapkan keutamaan yang lebih strategik dan inovatif untuk membantu memperkasa ekonomi koperasi. Beliau berkata demikian sewaktu Mesyuarat Majlis MBO ke-8 yang telah diadakan di Aloft Kuala Lumpur Sentral pada 3 September 2019. Pejabat MBO yang berpusat di Kuala Lumpur kini menempatkan empat pegawai yang terdiri daripada ANGKASA, National Agricultural Federation Cooperative (NACF),
» Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer (duduk tiga dari kiri) bersama barisan anggota Mesyuarat Majlis MBO Ke-8.
Japanese Consumers Cooperative Union (JCCU) dan All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC). Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Pengurus Besar NACF, Mr. Lee Jong Wook; Pengurus Besar JCCU, Mr. Haruyoshi Amano dan Pengarah Bahagian Antarabangsa, ACFSMC, Mr. Zhang Wangshu.
8
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Kongsi Kejayaan Koperasi Di India Dalam Industri Tenusu
S eramai sembilan pegawai tertinggi daripada ANGKASA, agensi dan koperasi yang diketuai oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah mengadakan lawatan ke Gujarat dan New Delhi, India bagi meninjau dan menganalisis pencapaian industri tenusu di negara tersebut.
Bertemakan ‘Understanding Amul Model: Gujarat Cooperative Milk Marketing Federation’, objektif lawatan yang berlangsung selama seminggu bermula 25 hingga 30 ogos itu adalah untuk mempelajari secara lebih dekat bagaimana produk tenusu jenama Amul keluaran Kaira District Cooperative Milk Producers’ Union Limited berjaya mencipta nama sebagai jenama terbesar di India. Di Gujarat, mereka telah dibawa ke Institute of Rural Management Anand (IRMA) dan diberi taklimat oleh Pengarah IRMA, Prof. Hitesh V. Bhatt tentang bagaimana mereka melatih ribuan pelajar melalui program ‘Post Graduate Diploma in Rural Management’ iaitu program pembelajaran selama dua tahun yang meliputi kursus pemasaran, kewangan, pembangunan, operasi, sistem organisasi dalam konteks pembangunan luar bandar. Lawatan ke National Dairy Development Board (NDDB) pula telah memberi impak yang positif dari segi hala tuju, perspektif baharu serta nilai tambah dalam memajukan industri ternakan dan tenusu oleh koperasi di Malaysia. Pengarah Eksekutif NDDB, Encik Meenesh C Shah berkata, NDDB yang ditubuhkan pada tahun 1965 oleh bekas Perdana Menteri India, Shri Lal Bahadur Shastri berperanan sebagai institusi yang bertanggungjawab mempromosi produk tenusu melalui gerakan koperasi dan meningkatkan taraf hidup golongan petani.
Oleh : RAHMAT MOHD DID
» Melawat Mujkuva Dairy Cooperative Society.
» Bertemu Pengarah IRMA, Prof. Hitesh V. Bhatt (lima dari kiri) sewak lawatan ke IRMA.
» Melawat Kaira District Cooperative Milk Producers’ Union Limited, serta dibawa melawat ke kilang pemprosesan AMUL Dairy.
» Melawat Kilang Coklat AMUL.
9
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Seterusnya, dalam lawatan ke Gujarat Co- operative Milk Marketing Federation Limited, Anand (GCMMF), Delegasi ANGKASA diberi taklimat oleh Pengarah Urusan GCMMF, Encik R. S. Sodhi tentang latar belakang GCMMF dan kejayaan yang telah dikecapi sejak mula ditubuhkan pada tahun 1946. Menurut beliau, pengasas GCMMF, Dr. Verghese Kurien yang turut dikenali sebagai Bapa
Producers’ Union Limited, Anand yang bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana satu daripada 79 buah kilang AMUL di India beroperasi untuk menghasilkan pelbagai variasi produk tenusu. Menurut Ketua Perhubungan Awam AMUL Dairy, Encik Deepak Sharma, kilang AMUL di sini memproses hasil tenusu yang dibekalkan oleh 1,250 kampung di sekitar Daerah Anand bagi dijadikan sebagai produk seperti mentega, minyak sapi, keju dan susu tepung. Delegasi juga turut dibawa melawat ke kilang pemprosesan AMUL Dairy oleh Pegawai Perhubungan Awam AMUL Dairy, Encik Sandip J Patel. Sementara itu, sewaktu mengadakan lawatan selama dua hari di New Delhi, delegasi telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat International Cooperative Alliance - Asia and Pacific (ICA-AP), pejabat Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO), pejabat National Cooperative Union of India (NCUI) dan Suruhanjaya Tinggi
Revolusi Putih India adalah individu yang bertanggungjawab memperkasa jenama Anand Milk Union Limited (AMUL) yang bermula dari kampung kepada jenama bertaraf dunia melalui gerakan koperasi seterusnya merubah kehidupan berjuta-juta rakyat di India. Rombongan juga telah dibawa melawat
» Produk-produk AMUL Dairy
ke Kilang Coklat AMUL dan diberi taklimat tentang proses pengilangan pelbagai produk coklat mereka yang kini sudah mempunyai 65 variasi. Di Mujkuva Dairy Cooperative Society, delegasi turut melihat sendiri bagaimana proses pengumpulan susu dijalankan di peringkat akar umbi iaitu di kampung-kampung. Menurut Setiausaha Mujkuva Dairy Cooperative Society, Encik Labhubhuri K. Pertiel, terdapat 560 petani di kampung tersebut dan masing-masing memiliki sekurang-kurangnya dua ekor lembu bagi setiap keluarga.Setiaphari,merekaakanmembekalkanantara lima hingga tujuh liter susu dan jumlah keseluruhan yang dikumpulkan setiap hari menjangkau hampir tiga ribu liter. Secara tidak langsung, pendekatan ini mampu mengelakkan peranan orang tengah seterusnya memberi keuntungan maksimum kepada anggota- anggotanya. Lawatan delegasi ANGKASA di Gujarat diakhiri dengan lawatan ke Kaira District Cooperative Milk
Malaysia di India.
» Delegasi diberi penerangan terperinci tentang fungsi dan peranan NDDB sewaktu melawat muzium mereka.
Mengulas lanjut tentang impak lawatan penanda aras kali ini, Dato’ Haji Kamarudin berkata, kejayaan GCMMF melalui jenama AMUL memberi inspirasi kepada ANGKASA untuk memantapkan peranan koperasi dan menangani peranan orang tengah dalam menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat. Dari segi teknikal, pengalaman yang diperolehi sepanjang lawatan tersebut mampu untuk diterapkan ke dalam sektor koperasi di Malaysia lebih-lebih lagi dalam sektor perladangan, pertanian dan industri asas tani. Jika dilakukan dengan betul, ia mampu mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia kepada susu import sekaligus memberi jaminan bekalan makanan lebih besar kepada negara.
» Bertukar pandangan dengan Pengarah Urusan GCMMF, Encik R. S. Sodhi tentang Sektor Tenusu di India dan Malaysia .
» Bertemu Pengarah Serantau ICA-AP, Encik Balasubramaniam (Balu) Iyer (enam dari kanan) di Pejabat International Cooperative Alliance - Asia and Pacific (ICA-AP) di New Delhi, India.
ktu
» Sesi pertemuan dengan Pengarah Urusan IFFCO sewaktu melawat ibu pejabat mereka di New Delhi, India.
» Kunjung hormat ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India di New Delhi dan bertemu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India, Dato’ Hidayat Abdul Hamid (sembilan dari kanan).
» Kilang Coklat AMUL di Anand, Gujarat.
ANGKASA 10
Selangor Johan Keseluruhan Petanque 2019
Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI
» Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Haji Juhari Bulat (tengah).
» Naib Presiden, Dr. Mohd Azlan Yahya (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada Pasukan Juara. dari Negeri Selangor.
S elangor muncul juara keseluruhan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2019 dalam kejohanan berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos 2019 lalu di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara Sintok, Kedah. Kejohanan Petanque pada tahun ini melibatkan seramai 192 peserta mewakili 64 buah koperasi dari setiap negeri. Kejohanan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Kategori Senior ANGKASA Lelaki dan Senior ANGKASA Wanita diikuti Kategori Junior Kebangsaan Lelaki dan Junior Kebangsaan Wanita. Johan bagi Kategori Senior ANGKASA lelaki dimenangi oleh Koperasi Hostel Kayu Berhad dari Selangor manakala Kategori ANGKASA Wanita pula dimenangi oleh Koperasi Kolej Komuniti Kepala Batas Berhad dari Pulau Pinang. Johan bagi Kategori Junior Kebangsaan Lelaki pula dimenangi oleh Koperasi SMK Sungai Rawang Berhad dari Selangor sementara Johan Kebangsaan Wanita telah dimenangi oleh Koperasi SMK Kubu Gajah Berhad dari Perak.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Haji Juhari Bulat telah merasmikan kejohanan tersebut mewakili Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir. Hadir sama memeriahkan kejohanan ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof Madya Dato’ Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Mohd Alias Yoop dan Pegawai Latihan Insititut Koperasi Malaysia Zon Utara, Puan Norshuhada Mohd Ali. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya menutup tirai kejohanan dengan menyampaikan hadiah kepada pemenang- pemenang di Gelanggang Petanque RTC Napoh, Jitra, Kedah.
» Peserta Terbaik Kejohanan.
» Dr. Mohd Azlan bergambar bersama para pemenang Kejohanan.
ANGKASA 11
PKS Kebangsaan 2019 Ketengah Seni dan Budaya Tempatan
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Bergambar bersama peserta kebudayaan dari negeri Sabah.
» Dato’ Abdul Fattah sewaktu menyampaikan Anugerah Khas Suluh Budiman kepada Dr. Azlinda Ab Rahman.
» Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
M ajlis Perhimpunan Hos Terbaik Pelancongan Ko- perasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran ANGKASA dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah ber- langsung di Sahom Valley Resort Agro & Eco Park, Kampar Perak. Perhimpunan yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 Ogos itu berjaya merekodkan kehadiran seramai 100 orang (hos dan tamu) dari seluruh negara. Majlis dirasmikan oleh ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang mewakili Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau dalam ucapannya berkata, kepelbagaian seni budaya yang ditonjolkan oleh peserta dari pelbagai negeri telah mencipta identiti tersendiri selain berjaya menjadikan majlis perhimpunan pada tahun ini lebih bermakna. Selain itu, sambutan bulan kemerdekaan juga turut memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis perhimpunan juga diserikan dengan Karnival Seni dengan kerjasama ANGKASA yang menampilkan pelbagai apresiasi seni seperti pertunjukan kebudayaan, jualan dan demonstrasi kraf, pameran serta pertandingan sukan rakyat.
Hadir sama di majlis perasmian dan penyampaian anugerah itu ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Seni Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Zulkifli Nordin; Wakil Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak, Encik Mohd Saiful Abidin Mohd Room; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Haji Mohd Rosli Haji Basri serta barisan Pengerusi-Pengerusi JPAN dari Melaka, Kelantan, Pahang Zon 1, Negeri Sembilan dan Johor serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
PENERIMA ANUGERAH HOS TERBAIK PKS 4 BINTANG 1. Koperasi SMK Dato’ Dol Said Alor Gajah Melaka Berhad.
2. Koperasi SMK Langkawi Pulau Tuba Berhad. 3. Koperasi SMK Batu 10 Lekir Perak Berhad. 4. Koperasi SMK Subis Miri Berhad.
5. Koperasi SM Imtiyaz YT Kuala Terengganu Berhad. 6. Koperasi SMK Temin Jerantut Pahang Berhad. 7. Koperasi Sekolah Menengah Pekan Baru Muar Berhad. 8. Koperasi Sekolah Menengah Simpang Beluru Enggor Perak Berhad. PENERIMA ANUGERAH HOS TERBAIK PKS 5 BINTANG 1. Koperasi SMK Men. Keb. Batu Kikir Negeri Sembilan Berhad. 2. Koperasi SMK Pasir Gudang Johor Bahru Berhad. 3. Koperasi SMK Badin Berhad.
PENERIMA ANUGERAH KHAS ‘SULUH BUDIMAN’ 1. Hajah Shariffah Afifah Syed Abas. 2. Hajah Dayang Hamsiah Abang Mohtar. 3. Dr. Azlinda Ab. Rahman.
» Majlis Perhimpunan turut diserikan dengan sambutan kemerdekaan.
12 KOPERASI
Karnival Koperasi Tingkat Kreativiti dan Keusahawanan
Oleh : MOHD FARID AZMI
» Lebih 30 gerai pameran dan jualan dibuka sepanjang karnival berlangsung.
» Dato’ Abdul Fattah turut merasmikan tapak tempat letak kereta berbayar milik koperasi.
P rogram berkonsepkan karnival seperti yang dianjurkan oleh Kolej Vokasional Shah Alam (KVSA) bukan sahaja mampu meningkatkan daya kreativiti dan melahirkan idea- idea baharu yang lebih bernas tentang ilmu keusahawanan koperasi, malah berupaya mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga KVSA. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, impak positif yang dapat dijana menerusi program tersebut diharap dapat
membentuk jati diri dan penerapan kemahiran insaniah yang lebih tinggi terhadap pelajar untuk lebih bertanggungjawab, prihatin dan memupuk semangat kerjasama demi masa depan koperasi. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Karnival KVSA 2019 yang berlangsung pada 5 September lalu di Dewan Alam Sarjana, Kolej Vokasional Shah Alam, Selangor. Hadir sama ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru KVSA, Puan Norlie Che
Mamat dan Pengarah KVSA merangkap Pengerusi koperasi, Hajah Norhayati Abdul Rahman. Karnival tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 September itu merangkumi Hari Koperasi dan Keusahawanan, Hari Kokurikulum dan Kerjaya dan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Sambutan karnival pada tahun ini juga turut memberi fokus kepada usaha untuk meningkatkan kewangan koperasi di samping menjadikan koperasi sebagai
tempat untuk melatih pelajar menjadi usahawan selain memupuk minat dalam menguruskan perniagaan. Koperasi KVSA juga sedang dalam proses untuk menghasilkan produk perniagaan sendiri selari dengan hasrat Bahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (BPLTV) yang mahu menggalakkan setiap Kolej Vokasional mengusahakan perniagaan yang boleh dipasarkan kepada masyarakat setempat.
Pertanian & Industri Asas Tani Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS) No. 24, Jalan MITC, Prima 1, Air Keroh 75450 Melaka Tel: +062535565
* Sah sehingga 31 Disember 2019
Untuk Info Lebih Lanjut Sila Hubungi: Jabatan Jualan dan Pemasaran. Ika: 018 - 264 8711 Fareha: 019 - 5953707
Hotel KOBEMAS Melaka Jalan MITC, Prima 1, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka Tel: +6062535353 Facebook: Kobemas Hotel, Melaka Instagram: Kobemas Hotel Melaka www.hotelkobemas.com.my
13 KOPERASI
KOJATI Cakna Kebajikan Murid dan Pembangunan Sekolah
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Dr. Mohd Azlan Yahya (tiga dari kiri) menunjukkan produk “Pineclean Sabun Organik 6 in 1” buatan KOJATI. Turut sama ialah Pengetua SMK Jalan Tiga, Encik Muhamad Hanafiah Baharuddin (dua dari kiri) dan Yang Dipertua PIBG SMK Jalan Tiga, Dr Ibrahim Mohamed (paling kiri).
G uru dan murid perlu mengubah minda bahawa tujuan sebenar penubuhan koperasi di peringkat sekolah menengah bukanlah semata- mata untuk mengajar cara berniaga, tetapi memupuk sifat-sifat keusahawanan setiap warga koperasi. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, ilmu keusahawanan » Coop Niaga milik koperasi KOJATI.
dapat memupuk semangat dan keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat, sentiasa berfikiran positif, mempunyai masa hadapan yang jelas serta mempunyai keupayaan untuk berusaha dengan kuat. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Koperasi SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi Berhad
(KOJATI) pada 23 Ogos lalu. Majlis turut menyaksikan pelancaran produk terbaru koperasi iaitu “Pineclean Sabun Organik 6 in 1” yang merupakan sabun pencuci yang diperbuat daripada kulit nenas. Beliau juga turut kagum dengan inisiatif KOJATI yang mengasingkan sebahagiandaripadakeuntungannyakepada beberapa tabung yang diwujudkan seperti
Tabung Pendidikan, Tabung Dermasiswa, Tabung Pembangunan Koperasi dan Tabung Pembangunan Sekolah. Untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2018, koperasi tersebut berjaya menjana pendapatan sebanyak RM587,000 daripada operasi dua buah kedainya. Perkhidmatan fotostat pula telah merekodkan pendapatan sebanyak RM10,000.
Koperasi SMK Seri Kampar Berhad
Laksana Tanggungjawab Sosial Melalui Kempen Derma Darah
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
bersempena Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik ke koperasi sekolah tersebut pada 11 September lalu. Beliau dalam ucapannya amat menghargai inisiatif SMK Seri Kampar menjalankan program tersebut kerana berjaya membantu menyemarakkan semangat tolong-menolong lawatan selain menerapkan nilai-nilai murni untuk membantu insan yang memerlukan. Darah merupakan antara sumbangan peribadi yang tidak ternilai harganya kepada manusia tanpa mengira bangsa, agama dan status masyarakatnya. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengetua Sekolah merangkap Pengerusi Koperasi SMK Seri Kampar Berhad, Haji Mohamad Azhar Ariffin.
» Mencuba t-shirt Pra-U keluaran koperasi.
» Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman menyampaikan sijil penghargaan kepada penderma darah.
S ejajar dengan langkah menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kempen mengisi Tabung Darah Negara dan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial koperasi, Koperasi
SMK Seri Kampar Berhad, Unit Kokurikulum Tingkatan Enam SMK Seri Kampar dengan kerjasama Hospital Raja Permaisuri Tuanku Bainun Ipoh, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan dan Persatuan Bulan Sabit
Merah Cawangan Perak telah menganjurkan Kempen Derma Darah SMK Seri Kampar 2019. Program tersebut dijalankan secara serentak di Dewan Besar SMK Seri Kampar
ANGKASA 14
Oleh : RAHMAT MOHD DID Inovasi Agihan Zakat ANGKASA A gihan zakat ANGKASA dalam bentuk saham kope- rasi berjumlah RM20,400 ramai asnaf mendapat faedah dan keluar dari kepompong kemiskinan sekaligus dapat memperkasakan lagi ekonomi ummah,” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis
merupakan satu inovasi baharu dalam sistem agihan bagi mem- bantu asnaf meningkatkan sumber pendapatan menerusi pelaburan perniagaan. Saham tersebut yang bernilai RM510 bagi setiap seorang telah diagihkan melalui Koperasi Kariah Masjid Pandan 2 Kuantan Berhad yang melibatkan 40 orang Asnaf. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatan- kuasa Pengurusan dan Pem- bangunan Syariah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, saham-saham ini akan digunakan oleh koperasi untuk menjalankan projek kedai cuci kereta yang telah mula beroperasi sejak 1 Julai yang lalu. “Pendekatan ini juga dapat membantu menggalakkan penu- buhan Koperasi Kariah Masjid sebagai antara usaha bagi membangunkan ekonomi masjid dan kariahnya. Inisiatif seumpama ini juga diharap dapat dijalankan secara berterusan supaya lebih
Penyerahan Zakat Projek Cuci Kereta Kepada Koperasi Kariah Masjid pada 11 September lalu di Masjid Pandan 2, Kuantan. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut menasihatkan koperasi yang terlibat supaya memberi nilai tambah kepada perniagaan sedia ada seperti membuat nurseri pokok buah-buahan dan bunga, mewujudkan pusat khidmat bayaran bil-bil setempat, perkhidmatan mencuci karpet di masjid, surau dan rumah serta kedai gunting rambut. Hadir sama ialah Pengerusi JPAN Pahang Zon 1, Haji Zahidi Husain; Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Pandan 2 Kuantan Berhad, Haji Abd. Radzi Ahmad dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah.
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kanan) menyerahkan replika zakat bernilai RM20,400 kepada Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Pandan 2 Kuantan Berhad, Haji Abd. Radzi Ahmad (tiga dari kiri).
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menampal plak Projek Cuci Kereta ANGKASA 2019 sebagai gimik perasmian.
Oleh : RAHMAT MOHD DID Koperasi Perumahan Perlu Mantapkan Peranan
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program Pemerkasaan Pembekal Bahan Binaan Zon Utara di Sungai Petani, Kedah pada 8 September lalu. Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah, Haji Khozali Junus, Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama, Encik Mohd Nor Abd. Razak dan Pengerusi Persatuan Usahawan Hardware Bumiputra Malaysia, Haji Shukry Mat Arif. Tambahnya, koperasi-koperasi yang berminat untuk menjadi pembekal dan membuka kedai jualan bahan binaan boleh menyertai program mentor mentee Coop Hardware yang diterajui oleh Persatuan Usahawan Hardware Bumiputera Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara yang betul untuk memulakan perniagaan bahan binaan dan bagaimana mendapatkan stok dengan harga lebih murah. “ANGKASA juga telah bekerjasama dengan Co-opbank Pertama untuk memudahkan koperasi mendapatkan bantuan kredit bagi memulakan perniagaan,” ujar beliau. Program Pemerkasaan Pembekal Bahan Binaan merupakan lanjutan daripada Program Pemerkasaan Jaringan Perniagaan Hartanah Koperasi yang dianjurkan pada tahun lepas. Objektif program tersebut bertujuan untuk menambahkan bilangan koperasi yang terlibat dalam perniagaan pembekalan bahan binaan, menggalakkan koperasi terlibat secara langsung dalam perniagaan pembekalan bahan binaan, membuat jaringan perniagaan dengan pembekal bahan binaan dari dalam dan luar negara serta mendapatkan bimbingan daripada usahawan- usahawan yang sudah berjaya dalam sektor pembekalan bahan binaan.
» Dato’ Haji Che Mohd Shukree (lima dari kanan) bergambar bersama peserta.
D asar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) bermatlamat untuk menyediakan kemudahan perumahan yang mencukupi bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana sekaligus mewujudkan persekitaran bandar yang sejahtera dan mapan sambil meminimumkan masalah setinggan. ANGKASA menggalakkan koperasi yang berminat untuk menjadi pembekal bahan binaan, pemaju utama dan kontraktor binaan serta agen pemasaran perumahan kepada koperasi dan komuniti agar bekerjasama dengan koperasi lain atau syarikat swasta yang mempunyai kepakaran.
Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa berkata, koperasi perlu merebut peluang yang ada dan memantapkan lagi peranan koperasi dalam sektor perumahan dan industri binaan agar dapat bersama-sama membantu kerajaan menyelesaikan isu perumahan negara. Menurut beliau, selain dapat mengurangkan peranan orang tengah, usaha tersebut akan dapat membantu dalam menyediakan perumahan dengan harga lebih kompetitif.
ANGKASA 15
Bina Semangat dan Peluang Perniagaan Baharu Jaringan Ahli Meja Bulat Koperasi Terpilih Selangor 2019
J awatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor telah menjadikan program perbincangan meja bulat sebagai platform untuk membantu koperasi anggota untuk berkongsi kejayaan dan mempelajari dengan cara lebih dekat tentang kaedah perlaksanaan aktiviti koperasi yang dilawati selain mewujudkan jaringan perniagaan. Sehingga pertengahan tahun ini, JPAN Selangor melalui Jawatankuasa Biro telah menganjurkan tiga sesi meja bulat melibatkan penyertaan koperasi-koperasi aktif dan tidak aktif. Menerusi sesi tersebut, JPAN akan mengetengahkan aktiviti koperasi yang berjaya agar dapat dijadikan inspirasi atas kejayaan mereka. JPAN Selangor juga turut menjemput agensi luar seperti pengeluar atau pengedar produk bagi membantu koperasi menjalankan perniagaan. Perbincangan tersebut diakhiri dengan rumusan yang memerlukan tindakan antaranya program lawatan
» Peserta program melawat Laman Nanas MAEPS.
ke koperasi yang dijemput sebagai mentor untuk berkongsi kejayaan selain melihat sendiri aktiviti yang mereka usahakan. Seramai 37 orang koperator yang mewakili 19 buah koperasi menyertai program tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi JPAN Selangor yang juga merangkap Ketua Program, Prof Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff. Berdasarkan kepada kaji selidik yang diperoleh, rata-rata peserta berpendapat program berkonsep “Turun Padang” seperti ini lebih membuka minda
dan kefahaman koperator selain dapat membuka peluang perniagaan baharu. Koperasi / agensi / syarikat yang dilawati adalah: i. Laman Nanas MAEPS ii. Koperasi Kariah Masjid TTDI Jaya Shah Alam iii. Koperasi Sg Lang Berhad iv. Pasaraya Borong GMH Seksyen 7 Shah Alam
Langkawi De Bleu Hotel Your Convenience is Our Priority Hotel Langkawi De Bleu berada di kawasan bandar Kuah, Langkawi dan berdekatan dengan pusat membeli belah. Jarak dari hotel ke jeti Langkawi hanya 5 kilometer manakala, jarak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ialah 18 kilometer. Hotel Langkawi De Bleu mempunyai dewan dan 44 buah bilik yang terdiri daripada pelbagai jenis bilik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung hotel. Antaranya adalah, kemudahan lift, flat screen televisyen, minibar, air minuman, kopi dan peralatan membuat kopi, bilik yang selesa dan mempunyai pendingin hawa, pengering rambut, air mandian sejuk dan panas, serta penggunaan wifi secara percuma. Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu ke hotel miliknya. Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi
Langkawi De Bleu Hotel Lot 144, 146 & 148, Persiaran Bunga Raya Langkawi Mall, 07000 Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman Tel: 04 961 1375 WhatsApp: 012 597 1375 Email: info@langkawidebleuhotel.com Facebook: Langkawi De Bleu Hotel
16 MACCOPS
Perkasa Jaringan Perdagangan Global
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
K arnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) edisi keempat yang bertemakan ‘Koperasi Gerbang Global Perdagangan Lestari’ memberi fokus kepada usaha untuk menjadi ‘ game changer ’ ke arah usaha memperkasa pembangunan sosioekonomi koperasi melalui jaringan pemasaran global. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, MACCOPS mampu menjadi platform terbaik kepada koperasi tempatan dalam usaha mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Menurut beliau, ANGKASA mahu menjadikan MACCOPS sebagai landasan ekonomi yang mampu mengukuhkan objektif pembangunan gerakan koperasi sejajar dengan hasrat kerajaan menerusi unjuran
» Dato’ Abdul Fattah memukul gong sebagai gimik pra pelancaran MACCOPS 2019 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, 18 September lalu. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kanan) dan Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (paling kiri), Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kanan) dan Prof. Madya Dato’ Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik (paling kanan).
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM60 bilion menjelang 2030. MACCOPS 2019 dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung perdagangan selain orang ramai. Selain dipenuhi dengan pelbagai
aktiviti seperti ‘Pocket Talk’, demonstrasi produk, persembahan dan cabutan bertuah, MACCOPS 2019 juga turut dimeriahkan dengan penyertaan koperasi dari negara-negara rantau Asia Pasifik dengan sasaran RM50 juta nilai perdagangan.
Ekspo Produk Perkhidmatan Koperasi
Kunjungi di Malaysia
dan
Terulung
Pada: 28 - 30 NOVEMBER 2019
Lokasi : PERSADA JOHOR INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE
Cooperative Global Gateway to FairTrade Untuk Maklumat Lanjut, Layari www.maccops.coop @MaccopsAngkasa @maccops2019
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease