ANGKASA 10
Selangor Johan Keseluruhan Petanque 2019
Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI
» Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Haji Juhari Bulat (tengah).
» Naib Presiden, Dr. Mohd Azlan Yahya (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada Pasukan Juara. dari Negeri Selangor.
S elangor muncul juara keseluruhan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2019 dalam kejohanan berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos 2019 lalu di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara Sintok, Kedah. Kejohanan Petanque pada tahun ini melibatkan seramai 192 peserta mewakili 64 buah koperasi dari setiap negeri. Kejohanan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Kategori Senior ANGKASA Lelaki dan Senior ANGKASA Wanita diikuti Kategori Junior Kebangsaan Lelaki dan Junior Kebangsaan Wanita. Johan bagi Kategori Senior ANGKASA lelaki dimenangi oleh Koperasi Hostel Kayu Berhad dari Selangor manakala Kategori ANGKASA Wanita pula dimenangi oleh Koperasi Kolej Komuniti Kepala Batas Berhad dari Pulau Pinang. Johan bagi Kategori Junior Kebangsaan Lelaki pula dimenangi oleh Koperasi SMK Sungai Rawang Berhad dari Selangor sementara Johan Kebangsaan Wanita telah dimenangi oleh Koperasi SMK Kubu Gajah Berhad dari Perak.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Haji Juhari Bulat telah merasmikan kejohanan tersebut mewakili Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir. Hadir sama memeriahkan kejohanan ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof Madya Dato’ Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Mohd Alias Yoop dan Pegawai Latihan Insititut Koperasi Malaysia Zon Utara, Puan Norshuhada Mohd Ali. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya menutup tirai kejohanan dengan menyampaikan hadiah kepada pemenang- pemenang di Gelanggang Petanque RTC Napoh, Jitra, Kedah.
» Peserta Terbaik Kejohanan.
» Dr. Mohd Azlan bergambar bersama para pemenang Kejohanan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease