Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2019

13 KOPERASI

KOJATI Cakna Kebajikan Murid dan Pembangunan Sekolah

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Dr. Mohd Azlan Yahya (tiga dari kiri) menunjukkan produk “Pineclean Sabun Organik 6 in 1” buatan KOJATI. Turut sama ialah Pengetua SMK Jalan Tiga, Encik Muhamad Hanafiah Baharuddin (dua dari kiri) dan Yang Dipertua PIBG SMK Jalan Tiga, Dr Ibrahim Mohamed (paling kiri).

G uru dan murid perlu mengubah minda bahawa tujuan sebenar penubuhan koperasi di peringkat sekolah menengah bukanlah semata- mata untuk mengajar cara berniaga, tetapi memupuk sifat-sifat keusahawanan setiap warga koperasi. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, ilmu keusahawanan » Coop Niaga milik koperasi KOJATI.

dapat memupuk semangat dan keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat, sentiasa berfikiran positif, mempunyai masa hadapan yang jelas serta mempunyai keupayaan untuk berusaha dengan kuat. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Koperasi SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi Berhad

(KOJATI) pada 23 Ogos lalu. Majlis turut menyaksikan pelancaran produk terbaru koperasi iaitu “Pineclean Sabun Organik 6 in 1” yang merupakan sabun pencuci yang diperbuat daripada kulit nenas. Beliau juga turut kagum dengan inisiatif KOJATI yang mengasingkan sebahagiandaripadakeuntungannyakepada beberapa tabung yang diwujudkan seperti

Tabung Pendidikan, Tabung Dermasiswa, Tabung Pembangunan Koperasi dan Tabung Pembangunan Sekolah. Untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2018, koperasi tersebut berjaya menjana pendapatan sebanyak RM587,000 daripada operasi dua buah kedainya. Perkhidmatan fotostat pula telah merekodkan pendapatan sebanyak RM10,000.

Koperasi SMK Seri Kampar Berhad

Laksana Tanggungjawab Sosial Melalui Kempen Derma Darah

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

bersempena Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik ke koperasi sekolah tersebut pada 11 September lalu. Beliau dalam ucapannya amat menghargai inisiatif SMK Seri Kampar menjalankan program tersebut kerana berjaya membantu menyemarakkan semangat tolong-menolong lawatan selain menerapkan nilai-nilai murni untuk membantu insan yang memerlukan. Darah merupakan antara sumbangan peribadi yang tidak ternilai harganya kepada manusia tanpa mengira bangsa, agama dan status masyarakatnya. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengetua Sekolah merangkap Pengerusi Koperasi SMK Seri Kampar Berhad, Haji Mohamad Azhar Ariffin.

» Mencuba t-shirt Pra-U keluaran koperasi.

» Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman menyampaikan sijil penghargaan kepada penderma darah.

S ejajar dengan langkah menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kempen mengisi Tabung Darah Negara dan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial koperasi, Koperasi

SMK Seri Kampar Berhad, Unit Kokurikulum Tingkatan Enam SMK Seri Kampar dengan kerjasama Hospital Raja Permaisuri Tuanku Bainun Ipoh, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan dan Persatuan Bulan Sabit

Merah Cawangan Perak telah menganjurkan Kempen Derma Darah SMK Seri Kampar 2019. Program tersebut dijalankan secara serentak di Dewan Besar SMK Seri Kampar

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease