ANGKASA 14
Oleh : RAHMAT MOHD DID Inovasi Agihan Zakat ANGKASA A gihan zakat ANGKASA dalam bentuk saham kope- rasi berjumlah RM20,400 ramai asnaf mendapat faedah dan keluar dari kepompong kemiskinan sekaligus dapat memperkasakan lagi ekonomi ummah,” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis
merupakan satu inovasi baharu dalam sistem agihan bagi mem- bantu asnaf meningkatkan sumber pendapatan menerusi pelaburan perniagaan. Saham tersebut yang bernilai RM510 bagi setiap seorang telah diagihkan melalui Koperasi Kariah Masjid Pandan 2 Kuantan Berhad yang melibatkan 40 orang Asnaf. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatan- kuasa Pengurusan dan Pem- bangunan Syariah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, saham-saham ini akan digunakan oleh koperasi untuk menjalankan projek kedai cuci kereta yang telah mula beroperasi sejak 1 Julai yang lalu. “Pendekatan ini juga dapat membantu menggalakkan penu- buhan Koperasi Kariah Masjid sebagai antara usaha bagi membangunkan ekonomi masjid dan kariahnya. Inisiatif seumpama ini juga diharap dapat dijalankan secara berterusan supaya lebih
Penyerahan Zakat Projek Cuci Kereta Kepada Koperasi Kariah Masjid pada 11 September lalu di Masjid Pandan 2, Kuantan. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut menasihatkan koperasi yang terlibat supaya memberi nilai tambah kepada perniagaan sedia ada seperti membuat nurseri pokok buah-buahan dan bunga, mewujudkan pusat khidmat bayaran bil-bil setempat, perkhidmatan mencuci karpet di masjid, surau dan rumah serta kedai gunting rambut. Hadir sama ialah Pengerusi JPAN Pahang Zon 1, Haji Zahidi Husain; Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Pandan 2 Kuantan Berhad, Haji Abd. Radzi Ahmad dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah.
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kanan) menyerahkan replika zakat bernilai RM20,400 kepada Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Pandan 2 Kuantan Berhad, Haji Abd. Radzi Ahmad (tiga dari kiri).
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menampal plak Projek Cuci Kereta ANGKASA 2019 sebagai gimik perasmian.
Oleh : RAHMAT MOHD DID Koperasi Perumahan Perlu Mantapkan Peranan
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program Pemerkasaan Pembekal Bahan Binaan Zon Utara di Sungai Petani, Kedah pada 8 September lalu. Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah, Haji Khozali Junus, Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama, Encik Mohd Nor Abd. Razak dan Pengerusi Persatuan Usahawan Hardware Bumiputra Malaysia, Haji Shukry Mat Arif. Tambahnya, koperasi-koperasi yang berminat untuk menjadi pembekal dan membuka kedai jualan bahan binaan boleh menyertai program mentor mentee Coop Hardware yang diterajui oleh Persatuan Usahawan Hardware Bumiputera Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara yang betul untuk memulakan perniagaan bahan binaan dan bagaimana mendapatkan stok dengan harga lebih murah. “ANGKASA juga telah bekerjasama dengan Co-opbank Pertama untuk memudahkan koperasi mendapatkan bantuan kredit bagi memulakan perniagaan,” ujar beliau. Program Pemerkasaan Pembekal Bahan Binaan merupakan lanjutan daripada Program Pemerkasaan Jaringan Perniagaan Hartanah Koperasi yang dianjurkan pada tahun lepas. Objektif program tersebut bertujuan untuk menambahkan bilangan koperasi yang terlibat dalam perniagaan pembekalan bahan binaan, menggalakkan koperasi terlibat secara langsung dalam perniagaan pembekalan bahan binaan, membuat jaringan perniagaan dengan pembekal bahan binaan dari dalam dan luar negara serta mendapatkan bimbingan daripada usahawan- usahawan yang sudah berjaya dalam sektor pembekalan bahan binaan.
» Dato’ Haji Che Mohd Shukree (lima dari kanan) bergambar bersama peserta.
D asar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) bermatlamat untuk menyediakan kemudahan perumahan yang mencukupi bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana sekaligus mewujudkan persekitaran bandar yang sejahtera dan mapan sambil meminimumkan masalah setinggan. ANGKASA menggalakkan koperasi yang berminat untuk menjadi pembekal bahan binaan, pemaju utama dan kontraktor binaan serta agen pemasaran perumahan kepada koperasi dan komuniti agar bekerjasama dengan koperasi lain atau syarikat swasta yang mempunyai kepakaran.
Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa berkata, koperasi perlu merebut peluang yang ada dan memantapkan lagi peranan koperasi dalam sektor perumahan dan industri binaan agar dapat bersama-sama membantu kerajaan menyelesaikan isu perumahan negara. Menurut beliau, selain dapat mengurangkan peranan orang tengah, usaha tersebut akan dapat membantu dalam menyediakan perumahan dengan harga lebih kompetitif.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease