ANGKASA 15
Bina Semangat dan Peluang Perniagaan Baharu Jaringan Ahli Meja Bulat Koperasi Terpilih Selangor 2019
J awatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor telah menjadikan program perbincangan meja bulat sebagai platform untuk membantu koperasi anggota untuk berkongsi kejayaan dan mempelajari dengan cara lebih dekat tentang kaedah perlaksanaan aktiviti koperasi yang dilawati selain mewujudkan jaringan perniagaan. Sehingga pertengahan tahun ini, JPAN Selangor melalui Jawatankuasa Biro telah menganjurkan tiga sesi meja bulat melibatkan penyertaan koperasi-koperasi aktif dan tidak aktif. Menerusi sesi tersebut, JPAN akan mengetengahkan aktiviti koperasi yang berjaya agar dapat dijadikan inspirasi atas kejayaan mereka. JPAN Selangor juga turut menjemput agensi luar seperti pengeluar atau pengedar produk bagi membantu koperasi menjalankan perniagaan. Perbincangan tersebut diakhiri dengan rumusan yang memerlukan tindakan antaranya program lawatan
» Peserta program melawat Laman Nanas MAEPS.
ke koperasi yang dijemput sebagai mentor untuk berkongsi kejayaan selain melihat sendiri aktiviti yang mereka usahakan. Seramai 37 orang koperator yang mewakili 19 buah koperasi menyertai program tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi JPAN Selangor yang juga merangkap Ketua Program, Prof Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff. Berdasarkan kepada kaji selidik yang diperoleh, rata-rata peserta berpendapat program berkonsep “Turun Padang” seperti ini lebih membuka minda
dan kefahaman koperator selain dapat membuka peluang perniagaan baharu. Koperasi / agensi / syarikat yang dilawati adalah: i. Laman Nanas MAEPS ii. Koperasi Kariah Masjid TTDI Jaya Shah Alam iii. Koperasi Sg Lang Berhad iv. Pasaraya Borong GMH Seksyen 7 Shah Alam
Langkawi De Bleu Hotel Your Convenience is Our Priority Hotel Langkawi De Bleu berada di kawasan bandar Kuah, Langkawi dan berdekatan dengan pusat membeli belah. Jarak dari hotel ke jeti Langkawi hanya 5 kilometer manakala, jarak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ialah 18 kilometer. Hotel Langkawi De Bleu mempunyai dewan dan 44 buah bilik yang terdiri daripada pelbagai jenis bilik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung hotel. Antaranya adalah, kemudahan lift, flat screen televisyen, minibar, air minuman, kopi dan peralatan membuat kopi, bilik yang selesa dan mempunyai pendingin hawa, pengering rambut, air mandian sejuk dan panas, serta penggunaan wifi secara percuma. Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu ke hotel miliknya. Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi
Langkawi De Bleu Hotel Lot 144, 146 & 148, Persiaran Bunga Raya Langkawi Mall, 07000 Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman Tel: 04 961 1375 WhatsApp: 012 597 1375 Email: info@langkawidebleuhotel.com Facebook: Langkawi De Bleu Hotel
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease