16 MACCOPS
Perkasa Jaringan Perdagangan Global
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
K arnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) edisi keempat yang bertemakan ‘Koperasi Gerbang Global Perdagangan Lestari’ memberi fokus kepada usaha untuk menjadi ‘ game changer ’ ke arah usaha memperkasa pembangunan sosioekonomi koperasi melalui jaringan pemasaran global. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, MACCOPS mampu menjadi platform terbaik kepada koperasi tempatan dalam usaha mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Menurut beliau, ANGKASA mahu menjadikan MACCOPS sebagai landasan ekonomi yang mampu mengukuhkan objektif pembangunan gerakan koperasi sejajar dengan hasrat kerajaan menerusi unjuran
» Dato’ Abdul Fattah memukul gong sebagai gimik pra pelancaran MACCOPS 2019 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, 18 September lalu. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kanan) dan Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (paling kiri), Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kanan) dan Prof. Madya Dato’ Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik (paling kanan).
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM60 bilion menjelang 2030. MACCOPS 2019 dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung perdagangan selain orang ramai. Selain dipenuhi dengan pelbagai
aktiviti seperti ‘Pocket Talk’, demonstrasi produk, persembahan dan cabutan bertuah, MACCOPS 2019 juga turut dimeriahkan dengan penyertaan koperasi dari negara-negara rantau Asia Pasifik dengan sasaran RM50 juta nilai perdagangan.
Ekspo Produk Perkhidmatan Koperasi
Kunjungi di Malaysia
dan
Terulung
Pada: 28 - 30 NOVEMBER 2019
Lokasi : PERSADA JOHOR INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE
Cooperative Global Gateway to FairTrade Untuk Maklumat Lanjut, Layari www.maccops.coop @MaccopsAngkasa @maccops2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease