PENGIRAAN DETIK PELANCARAN HALA TUJU KOPERASI SELEPAS 100 TAHUN
2
Sebagai contoh di Jepun, Japanese Consumer Co-operative Union (JCCU) merupakan gabungan 320 koperasi pengguna dan dianggotai oleh 29 juta anggota. Mereka bukan sekadar menguasai segmen pasaran dengan membekalkan barangan keperluan harian tetapi mampu menawarkan persekitaran yang lestari kepada komuniti setempat. Selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030, koperasi merupakan antara platform keusahawanan yang penting bagi pembangunan ekonomi negara. Koperasi merupakan salah satu model keusahawanan sosial yang tidak menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama sebaliknya memberi manfaat dan kesejahteraan kepada anggota dan masyarakat. Selain itu, koperasi perlu menguasai sistem rantaian nilai yang mantap dan ekosistem yang kondusif. Ini boleh dilakukan sekiranya koperasi melibatkan diri secara terus dalam aktiviti pembuatan, pembekalan, pengedaran dan perkhidmatan logistik. Gerakan Koperasi sebenarnya boleh memainkan peranan besar dalam membantu golongan B40 di bandar dan juga luar bandar bagi menangani peningkatan kos sara hidup. Bagi tujuan itu, saya mengalu- alukan pelaksanaan program Barang Asas 100 (BA 100), anjuran bersama Kementerian Pembangunan
Usahawan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dalam sektor pemborongan dan peruncitan seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2019 baru-baru ini. BA 100 merupakan program berteraskan e-dagang, yang akan mengumpulkan belian barang asas secara pukal mengikut permintaan ( demand-driven ) oleh lebih kurang 3,000 koperasi runcit di seluruh negara. Saya juga mengalu-alukan inisiatif baharu Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk meng- gabungkan koperasi utama dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan dengan menubuhkan koperasi peringkat menengah iaitu Gabungan Angkatan Koperasi Borong dan Runcit atau singkatannya AKRAB. AKRAB berperanan sebagai pelengkap dalam co-operative linkages yang akan membolehkan koperasi menguasai keseluruhan rantaian pengedaran yang efektif khususnya dalam usaha mengurangkan harga barangan melalui pembelian secara pukal dan kemudahan pengedaran yang efisien. Inisiatif ini perlu diperkukuh dan diperluaskan lagi melalui jaringan e-Coop Trade Centre yang dapat mengurangkan peranan dan penglibatan orang tengah, sekaligus berupaya menstabilkan harga barangan keperluan di pasaran.
Setiap usaha yang digerakkan mampu menjanjikan kejayaan sekiranya anggota koperasi dapat bersama-sama dan bersemangat tinggi untuk mencari jalan bagi membantu meningkatkan pencapaian koperasi. Pelbagai kaedah dan sokongan boleh disumbangkan melalui pendekatan ekonomi seperti membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan koperasi di pasaran domestik sehingga ke peringkat global. Koperasi Malaysia, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dan gerakan koperasi khususnya dalam membantu pertumbuhan ekonomi negara. Saya berharap sambutan hari ini akan menjadi titik permulaan untuk gerakan koperasi kita dikenali di peringkat global. Dengan lafaz Bismillahhir- ahmanirahim saya dengan ini merasmikan “Majlis Amanat Bersesuaian dengan cabaran ekonomi digital berikutan Revolusi Industri 4.0, gerakan koperasi perlu mengorak langkah dengan lebih agresif untuk merebut dan menguasai pasaran global melalui platform e-Coop Trade Centre. Sudah tiba masanya kita membuat anjakan paradigma supaya kita tidak berada di takuk sedia ada dan berupaya bersaing dalam era Industri 4.0. Berdasarkan sumbangan besar koperasi terhadap sosioekonomi negara dan kesejahteraan rakyat, saya berpendapat Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dan agensinya termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia, perlu bertindak secara proaktif dalam merancang pembangunan koperasi di negara ini. Kerajaan mengiktiraf semua pihak yang terlibat dalam gerakan koperasi termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut
Perdana Menteri bersama Gerakan Koperasi sempena 100 tahun pada 2022”. Sekian, terima kasih.
Dari Meja Presiden ANGKASA
S ejarah penubuhan koperasi di negara ini yang bermula dengan hanya 11 buah koperasi pada tahun 1922 semakin berkembang sehingga mencecah angka melebihi 14 ribu buah koperasi pada tahun ini. Perkembangan ini membuktikan bahawa peralihan sosioekonomi hampir seabad yang lalu tidak sedikitpun menenggelamkan kepentingan prinsip serta falsafah perjuangan koperasi terhadap rakyat.
Sokongan dan bantuan yang sentiasa diberikan oleh kerajaan juga turut membuktikan bahawa peranan dan sumbangan yang boleh dimanfaatkan melalui koperasi masih kekal relevan dan diyakini mampu meningkatkan taraf sosioekonomi anggota serta masyarakat. Kelestarian sosioekonomi koperasi menjelang usia 100 tahun penubuhannya iaitu pada tahun 2022 sebenarnya mampu dicapai menerusi pelbagai inisiatif baharu selain kerjasama yang lebih komprehensif dan bersepadu.
Sudah tiba masanya setiap anggota koperasi memainkan peranan secara lebin proaktif dan tunjukkan kekuatan serta kebolehan sebagai koperator alaf baharu.
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease