Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2019

PENGIRAAN DETIK PELANCARAN HALA TUJU KOPERASI SELEPAS 100 TAHUN

3

Koperasi Wadah Keusahawanan Negara Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

G erakan koperasi berperanan sebagai satu wadah keusahawanan yang dapat memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat serta mencapai kemakmuran bersama. Menteri Pembangunan Usahawan (MED), YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berkata, pencapaian dan peranan yang dimainkan oleh Gerakan Koperasi dalam memacu pembangunan sosioekonomi negara secara inklusif perlu diperkasakan kerana ia berupaya menjadikan negara ini terus kukuh dan teguh dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Katanya, kekuatan yang ada dalam sesebuah koperasi adalah manifestasi konsep kerjasama yang menjadi tunjang penyatuan rakyat pelbagai kaum merentasi sempadan agama, keturunan dan perbezaan ideologi. “MED telah diberikan mandat untuk meneraju usaha mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik, kondusif dan inklusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara. “Dasar Keusahawanan Negara (DKN) yang dilancarkan YAB Tun Mahathir Mohamad pada 11 Julai 2019 lalu merupakan strategi jangka panjang negara dengan menggariskan enam (6) Teras Strategik berpandukan perkembangan global, pencapaian terkini keusahawanan serta isu dan cabaran semasa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Amanat YAB Perdana Menteri Bersama Gerakan Koperasi Sempena

» Tun Mahathir Mohamad merasmikan ‘Countdown Hala Tuju Koperasi Selepas 100 Tahun’. Turut berada di pentas ialah Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nordin Salleh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

» Kira-kira 25 ribu koperator dari seluruh negara hadir dalam program yang berlangsung di Cyberjaya.

memperkemaskan fungsi dan peranan semua pihak seperti SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKM) dan ANGKASA. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKM), Datuk Ariffin Mamat; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dr. Mohd Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof Madya Dato’ Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

» Sidang media oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof.

Gerakan Koperasi di Malaysia. Katanya lagi, kapasiti dan keupayaan koperasi dalam sektor ekonomi utama akan ditingkatkan melalui perluasan akses kepada program, bantuan dan peluang perniagaan setara dengan syarikat-syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) di negara ini. Sehubungan itu, MED akan berusaha mentransformasi landskap ekosistem koperasi dengan

‘Countdown Hala Tuju Koperasi Selepas 100 Tahun’ anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertempat di Tamarind Square, Cyberjaya, 21 September lalu. Majlis bertemakan “Koperasi Memacu Keusahawanan Negara” itu menyaksikan kehadiran hampir 25 ribu koperator dari seluruh negara yang berhimpun bagi menyatakan sokongan padu terhadap

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease