Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2019

PENGIRAAN DETIK PELANCARAN HALA TUJU KOPERASI SELEPAS 100 TAHUN

4

Gabung Koperasi Perkuat Ekonomi Oleh : RAHMAT MOHD DID

K operasi di Malaysia mampu menjadi penyumbang berkesan kepada pembangunan ekonomi negara seterusnya dapat membantu menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat. Sasaran tersebut mampu tercapai sekiranya setiap anggota koperasi mempunyai kesedaran dan inisiatif untuk memanfaatkan peluang yang disediakan termasuk mewujudkan pelan perniagaan yang mapan demi kemakmuran bersama. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah sewaktu bercakap kepada media di Cyberjaya berkata, koperasi tidak boleh lagi sekadar menjadi penonton dan hanya mengharapkan bantuan untuk bergerak. Mereka perlu lebih proaktif selaras dengan usaha kerajaan yang mahu melihat sektor ketiga negara ini berkembang dan mampu mencapai matlamat kelestarian sosioekonomi rakyat. “Salah satu cara mudah untuk koperasi menjadi lebih kuat dan berkembang lebih maju adalah melalui penggabungan ataupun konsortium. “ANGKASA mengalu-alukan inisiatif baharu SKM yang menggabungkan koperasi utama dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan dengan menubuhkan koperasi peringkat menengah iaitu Gabungan Angkatan Koperasi Borong dan Runcit (AKRAB),” katanya. Menurut beliau, ANGKASA sendiri melalui kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dan SKM telah melaksanakan Program Barang Asas 100 (BA 100) yang berteraskan e-dagang yang mengumpulkan belian barang asas secara pukal mengukut permintaan pengguna. Dato’ Abdul Fattah juga turut menyambut baik usaha MED yang akan meminda Akta Koperasi 1993 demi memperkasa keupayaan

» Dato’ Abdul Fattah dan Prof Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman ketika Melawat gerai pameran Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad di Coop Trade Center.

» Datuk Seri Mohd Redzuan ketika melawat gerai-gerai pameran.

» Suasana gerai pameran di Coop Trade Centre, Tamarind Square, Cyberjaya.

koperasi dalam sektor ekonomi utama melalui perluasan akses kepada program, bantuan dan

peluang perniagaan setara dengan syarikat perusahaan kecil dan sederhana di negara ini.

» Melawat Pusat Perkembangan Awal Kanak-kanak Ihana Garten dan Pusat Transit Ihana Enrich di Tamarind Square, Cyberjaya milik KOPUTRA. Turut sama ialah Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias (duduk kiri).

Di majlis yang sama, Dato’ Abdul Fattah turut melawat Pusat Perkembangan Awal Kanak-kanak Ihana Garten dan Pusat Transit Ihana Enrich di Tamarind Square, Cyberjaya milik Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Berhad (KOPUTRA). Ihana Garten yang mula beroperasi pada Julai

2019 mensasarkan pendaftaran seramai 50 orang kanak-kanak sehingga pertengahan 2020. Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias berkata, KOPUTRA berhasrat untuk membuka sekurang-kurangnya enam lagi cawangan Ihana Garten dan Pusat Transit Enrich menjelang tahun 2023 dan turut menawarkan perkhidmatan

konsultasi kepada mana-mana individu dan koperasi yang berminat untuk membangunkan perniagaan Pusat Perkembangan Awal Kanak- Kanak. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease