Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2019

5

ANGKASA

Bangunan ANGKASA Negeri Perkasa Gerakan Koperasi

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

» Bangunan ANGKASA Negeri Kedah.

P eranan ANGKASA sebagai badan Apeks gerakan koperasi di negara ini mampu menjadi lebih efektif dan cekap melalui pemilikan bangunan sendiri di setiap negeri. Menteri Besar Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, inisiatif memperkasa sektor-sektor koperasi juga akan dapat dipertingkat melalui usaha-usaha yang dijalankan di samping mampu jadi pusat perhubungan secara langsung antara koperasi dan ANGKASA. “Saya percaya usaha ini berjaya menjadi ‘jambatan’ menghubungkan Pusat dengan negeri dan koperasi dengan ANGKASA. Pada masa sama dapat meningkatkan mutu perkhidmatan terbaik ANGKASA kepada koperasi dan menjadi pemangkin kepada perkembangan dan pembangunan gerakan koperasi di negara ini,” ujarnya. Selain menyatakan rasa kagum dan berpuas hati di atas pencapaian

gerakan khususnya di Kedah dalam membantu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat, beliau juga berharap agar impak kecemerlangan itu dapat diteruskan menerusi penglibatan aktif ANGKASA bersama agensi- agensi lain yang terlibat. Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz koperasi berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Perasmian Bangunan ANGKASA Negeri Kedah Darul Aman pada 10 September 2019 di Jalan Kota, Alor Setar. Kehadiran beliau seawal 8.30 pagi itu telah disambut oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah, Puan Norliza Nayan dan Pengerusi Koperasi Islam Pattani, Haji Zainal Abidin Haji Sulong.

» YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR Menteri Besar Kedah Darul Aman.

» Hadir sama Naib-Naib Presiden ANGKASA ialah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan ((empat dari kiri), Dr. Mohd Azlan Yahya (lima dari kanan), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (lima dari kiri), Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (tengah); Pengerusi JPAN Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri (tiga dari kiri); Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman (dua dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (empat dari kanan); Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin (tiga dari kanan) dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim.

» Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz diberi penerangan tentang fungsi dan tanggungjawab ANGKASA sebagai Badan Apeks Gerakan Koperasi di Malaysia oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease