8
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Kongsi Kejayaan Koperasi Di India Dalam Industri Tenusu
S eramai sembilan pegawai tertinggi daripada ANGKASA, agensi dan koperasi yang diketuai oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah mengadakan lawatan ke Gujarat dan New Delhi, India bagi meninjau dan menganalisis pencapaian industri tenusu di negara tersebut.
Bertemakan ‘Understanding Amul Model: Gujarat Cooperative Milk Marketing Federation’, objektif lawatan yang berlangsung selama seminggu bermula 25 hingga 30 ogos itu adalah untuk mempelajari secara lebih dekat bagaimana produk tenusu jenama Amul keluaran Kaira District Cooperative Milk Producers’ Union Limited berjaya mencipta nama sebagai jenama terbesar di India. Di Gujarat, mereka telah dibawa ke Institute of Rural Management Anand (IRMA) dan diberi taklimat oleh Pengarah IRMA, Prof. Hitesh V. Bhatt tentang bagaimana mereka melatih ribuan pelajar melalui program ‘Post Graduate Diploma in Rural Management’ iaitu program pembelajaran selama dua tahun yang meliputi kursus pemasaran, kewangan, pembangunan, operasi, sistem organisasi dalam konteks pembangunan luar bandar. Lawatan ke National Dairy Development Board (NDDB) pula telah memberi impak yang positif dari segi hala tuju, perspektif baharu serta nilai tambah dalam memajukan industri ternakan dan tenusu oleh koperasi di Malaysia. Pengarah Eksekutif NDDB, Encik Meenesh C Shah berkata, NDDB yang ditubuhkan pada tahun 1965 oleh bekas Perdana Menteri India, Shri Lal Bahadur Shastri berperanan sebagai institusi yang bertanggungjawab mempromosi produk tenusu melalui gerakan koperasi dan meningkatkan taraf hidup golongan petani.
Oleh : RAHMAT MOHD DID
» Melawat Mujkuva Dairy Cooperative Society.
» Bertemu Pengarah IRMA, Prof. Hitesh V. Bhatt (lima dari kiri) sewak lawatan ke IRMA.
» Melawat Kaira District Cooperative Milk Producers’ Union Limited, serta dibawa melawat ke kilang pemprosesan AMUL Dairy.
» Melawat Kilang Coklat AMUL.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease