Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2019

9

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

Seterusnya, dalam lawatan ke Gujarat Co- operative Milk Marketing Federation Limited, Anand (GCMMF), Delegasi ANGKASA diberi taklimat oleh Pengarah Urusan GCMMF, Encik R. S. Sodhi tentang latar belakang GCMMF dan kejayaan yang telah dikecapi sejak mula ditubuhkan pada tahun 1946. Menurut beliau, pengasas GCMMF, Dr. Verghese Kurien yang turut dikenali sebagai Bapa

Producers’ Union Limited, Anand yang bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana satu daripada 79 buah kilang AMUL di India beroperasi untuk menghasilkan pelbagai variasi produk tenusu. Menurut Ketua Perhubungan Awam AMUL Dairy, Encik Deepak Sharma, kilang AMUL di sini memproses hasil tenusu yang dibekalkan oleh 1,250 kampung di sekitar Daerah Anand bagi dijadikan sebagai produk seperti mentega, minyak sapi, keju dan susu tepung. Delegasi juga turut dibawa melawat ke kilang pemprosesan AMUL Dairy oleh Pegawai Perhubungan Awam AMUL Dairy, Encik Sandip J Patel. Sementara itu, sewaktu mengadakan lawatan selama dua hari di New Delhi, delegasi telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat International Cooperative Alliance - Asia and Pacific (ICA-AP), pejabat Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO), pejabat National Cooperative Union of India (NCUI) dan Suruhanjaya Tinggi

Revolusi Putih India adalah individu yang bertanggungjawab memperkasa jenama Anand Milk Union Limited (AMUL) yang bermula dari kampung kepada jenama bertaraf dunia melalui gerakan koperasi seterusnya merubah kehidupan berjuta-juta rakyat di India. Rombongan juga telah dibawa melawat

» Produk-produk AMUL Dairy

ke Kilang Coklat AMUL dan diberi taklimat tentang proses pengilangan pelbagai produk coklat mereka yang kini sudah mempunyai 65 variasi. Di Mujkuva Dairy Cooperative Society, delegasi turut melihat sendiri bagaimana proses pengumpulan susu dijalankan di peringkat akar umbi iaitu di kampung-kampung. Menurut Setiausaha Mujkuva Dairy Cooperative Society, Encik Labhubhuri K. Pertiel, terdapat 560 petani di kampung tersebut dan masing-masing memiliki sekurang-kurangnya dua ekor lembu bagi setiap keluarga.Setiaphari,merekaakanmembekalkanantara lima hingga tujuh liter susu dan jumlah keseluruhan yang dikumpulkan setiap hari menjangkau hampir tiga ribu liter. Secara tidak langsung, pendekatan ini mampu mengelakkan peranan orang tengah seterusnya memberi keuntungan maksimum kepada anggota- anggotanya. Lawatan delegasi ANGKASA di Gujarat diakhiri dengan lawatan ke Kaira District Cooperative Milk

Malaysia di India.

» Delegasi diberi penerangan terperinci tentang fungsi dan peranan NDDB sewaktu melawat muzium mereka.

Mengulas lanjut tentang impak lawatan penanda aras kali ini, Dato’ Haji Kamarudin berkata, kejayaan GCMMF melalui jenama AMUL memberi inspirasi kepada ANGKASA untuk memantapkan peranan koperasi dan menangani peranan orang tengah dalam menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat. Dari segi teknikal, pengalaman yang diperolehi sepanjang lawatan tersebut mampu untuk diterapkan ke dalam sektor koperasi di Malaysia lebih-lebih lagi dalam sektor perladangan, pertanian dan industri asas tani. Jika dilakukan dengan betul, ia mampu mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia kepada susu import sekaligus memberi jaminan bekalan makanan lebih besar kepada negara.

» Bertukar pandangan dengan Pengarah Urusan GCMMF, Encik R. S. Sodhi tentang Sektor Tenusu di India dan Malaysia .

» Bertemu Pengarah Serantau ICA-AP, Encik Balasubramaniam (Balu) Iyer (enam dari kanan) di Pejabat International Cooperative Alliance - Asia and Pacific (ICA-AP) di New Delhi, India.

ktu

» Sesi pertemuan dengan Pengarah Urusan IFFCO sewaktu melawat ibu pejabat mereka di New Delhi, India.

» Kunjung hormat ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India di New Delhi dan bertemu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India, Dato’ Hidayat Abdul Hamid (sembilan dari kanan).

» Kilang Coklat AMUL di Anand, Gujarat.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease