Wadah PELANCAR Edisi April 2019

10 KOPERASI

Memorandum Persefahaman di antara Koperasi Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia Daerah Jerantut Berhad dengan Siru Fil Ardh Travel Sdn. Bhd. di Jerantut, Pahang. MoU tersebut diadakan bagi membentuk hubungan baik di antara kedua belah pihak dan merupakan inisiatif pihak Siru Fil Ardh Travel Sdn. Bhd. untuk menarik minat lebih banyak institusi lebih-lebih lagi koperasi menceburi industri pelancongan. Menurut Dato’ Abdul Fattah, seiring dengan persekitaran ekonomi tempatan yang semakin kukuh dan tawaran tambang pada harga berpatutan oleh syarikat penerbangan tambang murah, koperasi perlu mengambil peluang menawarkan pakej-pakej pelancongan Islamik yang lebih baik bagi mengukuhkan pengalaman kembara pelancong. “Melalui Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan, ANGKASA telah melancarkan resolusi memohon agar Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dapat melonggarkan syarat- syarat kepada koperasi agar dapat menjalankan aktiviti pelancongan tanpa menubuhkan anak syarikat. “Ini memberi peluang kepada koperasi untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC,” jelasnya.

Tambahnya lagi, statistik Jabatan Imigresen Malaysia bagi tahun 2018 menunjukkan tidak kurang tiga juta orang rakyat Malaysia melancong ke luar negara setiap bulan. Secara keseluruhan, bilangan rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara pada tahun 2017 adalah seramai 45 juta orang. “Melalui persefahaman ini, diharapkan agar kedua-dua pihak dapat memperluas jaringan perniagaan melalui perkongsian kepakaran dan perkhidmatan. “Besar harapan saya agar kerjasama ini menjadi contoh kepada koperasi- koperasi lain untuk menjalinkan kerjasama perniagaan seumpama ini agar dapat memanfaatkan peluang- peluang pendapatan yang ada demi menggerakkan koperasi agar lebih maju setanding dengan sektor swasta di negara ini,” katanya mengakhiri ucapan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah SKM Cawangan Negeri Pahang, Haji Ibrahim Kasah, Pengerusi Koperasi Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia Daerah Jerantut Berhad, Haji Nordin Awang Ngah, Ketua Eksekutif Siru Fil Ardh Travel Sdn Bhd, Encik Mohd Taufik Abdullah dan Pengerusi Persatuan Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Jerantut, Haji Hashim Awang Sulong.

» Bergambar dengan anggota-anggota koperasi yang hadir.

Pelbagaikan Perniagaan dan Ceburi Industri Berimpak Tinggi Sahut Cabaran Capai Perolehan RM55 Bilion

Oleh : RAHMAT MOHD DID

K operasi perlu mempel- bagaikan perniagaan di samping menceburi sektor perniagaan berimpak tinggi dalam usaha untuk mencapai sasaran perolehan terbaharu seperti yang disuarakan oleh YB Menteri iaitu sebanyak RM55 bilion menjelang 2020. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, peningkatan RM5 bilion berbanding sasaran awal sebanyak RM50 bilion sebelum ini tidak

mustahil untuk dicapai namun tetap memerlukan strategi dan pelaksanaan yang betul dari semua peringkat. Menurut beliau, kerajaan juga telah merancang strategi baharu bagi membantu meningkatkan perolehan koperasi dan akan bekerja bersama ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi merealisasikan sasaran tersebut. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Menandatangani

Sekatarakyat Komited Jalin Peluang Kerjasama Tingkatkan Pencapaian Ekonomi Koperasi

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

S eramai 150 perwakilan hadir ke Mesyuarat Agung Perwakilan

Sekatarakyat kini aktif dalam pelaburan sektor hartanah di beberapa kawasan seperti

Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sekatarakyat) Ke- 23, yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat pada 9 Mac 2019. Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin yang hadir mewakili

rumah kedai di Melati Square, pangsapuri di Cameron Highlands, Pahang dan Jitra, Kedah; projek perumahan di Putrajaya, rumah kedai di Jalan Kampung Attap,

Kuala Lumpur; kedai serbaneka di Menara Kembar Bank Rakyat dan rumah kedai di Bukit Jelutong, Selangor, termasuk Wisma Sekatarakyat di Kelana Jaya. Sekatarakyat juga turut mempunyai perniagaan Ar Rahnu X’Change di lapan buah cawangan sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan selain membekalkan air mineral, menyediakan perkhidmatan pembersihan bangunan, menyewakan tapak mesin ATM dan TASKA Nuri. Pada tahun 2018, pendapatan koperasi meningkat sehingga 13 peratus dengan memperoleh keuntungan bersih sebelum cukai sebanyak RM17 juta. Keuntungan yang diperoleh dibahagi kepada anggota menerusi dividen sebanyak 13 peratus.

» Mesyuarat Agung Sekatarakyat dipengerusikan oleh Datuk Mohamed Asad Sehan.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah turut menyatakan rasa bangga dengan prestasi dan pencapaian yang diraih oleh Sekatarakyat. Seiring dengan pencapaian koperasi tersebut yang berada pada kedudukan 15 koperasi terbaik di Malaysia tahun 2018, beliau yakin Sekatarakyat mampu untuk mencapai tahap dan kedudukan yang lebih baik pada masa hadapan. Pengerusi Bank Rakyat, Dato’ Noripah Kamso dalam ucapannya berkata, gerakan koperasi di Malaysia harus mengambil peluang untuk mengadakan kolaborasi dengan sektor lainnya termasuk sektor swasta bagi melebarkan lagi empayar perniagaan mereka.

Turut hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Sekatarakyat itu ialah Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, Encik Zahari Omar; Pengerusi JPAN Wilayah

Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin dan Pengerusi Sekatarakyat, Datuk Mohamed Arsad Sehan.

» Dato’ Noripah Kamso dan Haji Mohamad Azmi Omaruddin

SENARAI AHLI LEMBAGA PENGARAH SEKATARAKYAT SESI 2019/2020 Datuk Mohamed Arsad Sehan: Pengerusi Hasrul Liza Shah Rudin: Setiausaha Kehormat Mohd Salleh Mahmood: Bendahari Kehormat Abdul Lidzam Mohamad Alias: Pengarah Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad: Pengarah Azlan Alias: Pengarah Suhaimi Che Omar: Pengarah Saliman Zainal: Pengarah Mohamad Thuairi Mohamed Tayeb: Pengarah

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease